Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 27 May 2011

SESUMPAH DENGAN SLOGAN DAP


Anwar atur strategi Malaysian Malaysia?
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 26 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dilihat sedang mengatur strategi yang dilaksanakan oleh DAP iaitu Malaysian Malaysia untuk menarik sokongan kaum Melayu dan Cina kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pensyarah Kanan bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, melalui strategi itu, Anwar akan menggunakan Pas untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu dan bekerjasama erat dengan DAP untuk sokongan kaum Cina.

"Di Malaysia, parti seperti PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum kurang diterima rakyat. Jadi, Anwar kini cuba mendapatkan sokongan daripada golongan masyarakat yang kurang bersetuju dengan dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Terdapat masyarakat Cina yang tidak setuju dengan dasar yang dilaksanakan kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mereka lihat hanya memberi pertolongan kepada orang Melayu untuk menganjak sosioekonomi kaum itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dalam temuramah eksklusif dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini mengakui kemenangan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah atas sokongan kaum Cina.

Beliau mengambil contoh kemenangan calon PKR, See Chee How di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang.

Azeem Fazwan berkata, ramai ahli parti itu sehingga kini masih belum mengetahui apa sebenarnya pendirian PKR kerana Anwar sebagai penasihat begitu sukar untuk digambarkan sikap sebenarnya.

"Apabila beliau (Anwar) berjumpa dengan orang Melayu, dia akan jadi nasionalis Melayu dan apabila jumpa orang Cina, Anwar akan jadi liberal," katanya.

Penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, PKR yang diketuai oleh Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sedikit nyawa iaitu sokongan rakyat terhadap parti itu.

"Anwar tiada pilihan, PKR semakin hilang sokongan. Beliau tahu Pas sudah mempunyai penyokong tersendiri yang pasti akan mengundi parti itu. Begitu juga DAP, jadi Anwar bertindak berbaik-baik dengan kedua-dua parti itu untuk bernyawa kembali.

"Anwar kini nyata ketandusan modal dalam berpolitik. Cara terbaik adalah berbaik-baik dengan DAP dan menggunakan Pas demi karier politiknya," katanya.

KOMEN : BAGI SESUMPAH APA SAJA BOLEH DIGUNAKAN WALAUPUN ORANG MELAYU AKAN HANCUR DI GANYANG ORANG CINA. DEMI KUASA SEBAGAI PM MALAYSIA, ANWAR AKAN LAKUKAN APA SAJA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA WALAUPUN TAHU RAKYAT SEMAKIN MENYAMPAH DAN TIDAK MENYOKONG CARA BELIAU BERPOLITIK. YANG TERTIPU ORANG PAS...

No comments: