Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 5 May 2011

BILA MBSA - SIANG MALAM BERPOLITIK


Jalan makin buruk di Shah Alam
Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusangroup.com.my


KERETA terpaksa bergerak perlahan untuk mengelak daripada terhentak akibat permukaan Persiaran Kemajuan di Seksyen 16, Shah Alam, yang rosak teruk. .


SHAH ALAM 4 Mei - Paku dulang, paku serpih. Dulu mengata Kerajaan Persekutuan tidak menjaga infrastruktur dengan baik tetapi apabila mentadbir Selangor, parti pembangkang sendiri gagal melaksanakan tugas tersebut.

Buktinya, selepas tiga tahun kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor mentadbir, masalah jalan berlubang dan turapan tidak rata di negeri ini masih tidak dapat diatasi.

Lebih memalukan, keadaan itu turut dilihat di beberapa jalan utama di ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ini termasuk di sekitar Persiaran Kemajuan, Seksyen 16; Persiaran Budiman, Seksyen 25; Persiaran Sukan, Seksyen 13, Persiaran Hishamuddin, Seksyen 13; Seksyen 15 dan Seksyen 20.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lubang-lubang dan jalan tidak rata ada yang telah lama wujud dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaiki. Contohnya, lubang besar sepanjang kira-kira 1.5 meter dan sedalam 13 sentimeter yang lokasinya agak terlindung di Persiaran Kemajuan, Seksyen 16.

Ada jalan rosak yang telah diperbaiki tetapi kembali berlopak ekoran kerja-kerja turapan yang tidak sempurna dan tidak rata atau ala kadar hingga boleh mengundang bahaya seperti di Persiaran Budiman, Seksyen 25 dan sekitar Persiaran Selangor, Seksyen 16.

Lubang-lubang dan jalan tidak rata yang wujud di laluan utama ini bukan sahaja menyakitkan mata malah boleh mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan terutama penunggang motosikal, selain menyebabkan kerosakan kenderaan.

Sepatutnya, sebagai ibu negeri yang bertaraf bandar raya dan diiktiraf sebagai negeri maju, masalah infrastruktur sepatutnya tidak dibiarkan dan segera diatasi.

Ini kerana jalan raya merupakan penghubung dan laluan keluar masuk orang ramai ke Shah Alam termasuk pelancong asing yang datang ke ibu negeri ini.

Keindahan ibu negeri Selangor ini sepatutnya tidak dicacatkan dengan lubang-lubang dan tampalan yang menyakitkan mata memandang.

Kerajaan PKR Selangor juga perlu prihatin tentang keselamatan warga Shah Alam di jalan raya terutama pengguna motosikal yang turut terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi di sekitar bandar raya ini.

MBSA janji baiki jalan rosak pertengahan bulan depan

SHAH ALAM 4 Mei - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjanji akan mengatasi masalah jalan rosak dan berlubang di kawasan pentadbirannya menjelang pertengahan Jun ini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya telah mengenal pasti jalan-jalan yang perlu dibaiki dan sedang menunggu peruntukan daripada kerajaan negeri untuk melaksanakannya.

"Kami telah mengenal pasti jalan tersebut yang terdiri daripada jalan utama dan jalan di kawasan perumahan.

"Bila peruntukan masuk, kami akan terus laksanakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Shahrin, pihaknya kesal dengan kesulitan yang dialami orang ramai akibat masalah itu dan berharap mereka dapat bersabar sementara kerja-kerja membaik pulih dilakukan tidak lama lagi.

KOMEN : KALAU NAK BERCERITA PASAL MBSA NI, MEMANG TAK AKAN HABIS. DARI SEBUAH MAJLIS BANDARAYA YANG EFFISIEN DAH JADI MACAM MAJLIS HANTU-HANTU YANG ASYIK NAK BERPOLITIK. ITU BARU JALANRAYA, KITA SINGGAH DI DEWAN-DEWAN MBSA, KEBERSIHANNYA SANGAT TERUK. PADANG PERMAINAN KANAK-KANAK TIDAK DISELENGGARA DENGAN BAIK. LONGKANG TERSUMBAT DAN KADANGKALA JALANRAYA PUN DAH MACAM LONGKANG TAKUNGAN AIR YANG MERBAHAYAKAN PEMANDU KENDERAAN BILA HUJAN. INI BUKAN CERITA BARU SEMALAM BERLUBANG, INI CERITA DAH 3 TAHUN KERAJAAN PKR MEMERINTAH DI SELANGOR. CECETERLAH..

No comments: