Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 18 May 2011

Jeff Ooi dicabar saman Mohamed Razali


DARI UTUSAN MALAYSIA
18.5.2011




MELAKA 17 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dicabar supaya mengambil tindakan mahkamah terhadap ahli DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman sekiranya laporan polis berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi di Pulau Pinang baru-baru ini, adalah tidak betul.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sebagai seorang yang mendakwa dirinya penuh integriti, wakil rakyat DAP itu juga wajar mengambil tindakan mahkamah sekiranya beliau mempunyai bukti 'ada yang tidak kena' dengan laporan Mohamed Razali itu.

"Jeff Ooi mendakwa Mohamed Razali telah dipujuk oleh saudaranya yang bekerja sebagai anggota polis cawangan khas untuk membuat laporan polis mengenai apa yang berlaku di hotel terbabit.

"Oleh itu, adalah wajar beliau mempertahankan Mohamed Razali yang juga ahli DAP jika benar ada berlaku penyelewengan dalam laporan itu seperti didakwa beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan kenyataan Ooi yang dipetik daripada portal berita Malaysiakini bertarikh 14 Mei lalu yang menyebut beliau percaya Mohamed Razali yang membuat laporan polis itu dipujuk oleh saudaranya itu yang memantau kegiatan politik di kawasan Jelutong.

Memetik laporan itu, Ooi berkata, mereka diberitahu Mohamed Razali anggota polis itu juga dikatakan berperanan membantu Utusan Malaysia mendapatkan berita terbabit.

Sementara itu Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, wakil rakyat DAP itu perlu berani mengambil tindakan mahkamah bagi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan majlis tersebut.

"Kalau berani dan bertanggungjawab, maka untuk menegakkan kebenaran dia kena ambil tindakan mahkamah atau saman terhadap Mohamed Razali," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pertanian kawasan Parlimen Batu Pahat kepada 38 peserta di Kompleks Peladang Sungai Dulang, Rengit, Batu Pahat hari ini.

Jeff Ooi dalam laporan muka depan Utusan Malaysia bertarikh 6 Mei lalu menafikan menganjurkan pertemuan paderi dari seluruh negara itu, yang didakwa turut berikrar untuk menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan dan melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

Majlis pertemuan paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan itu didedahkan dua laman blog iaitu bigdog di www.bigdogdotcom.wordpress.com menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Kata Mohd. Puad, dakwaan itu serius dan sudah menjadi isu, maka Jeff Ooi tidak boleh melarikan diri dengan membuat penafian bahawa ia tidak wujud sedangkan laporan polis dibuat oleh ahli DAP sendiri malah kawan baik beliau.

"Oleh itu Ahli Parlimen Jelutong kena berani, maksudnya jangan hendak menyembunyikan diri, melepaskan diri dan kemudian mengalihkan tuduhan kepada pihak lain seperti Utusan Malaysia berbohong dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, isu tersebut amat serius dan berbahaya justeru tidak boleh didiamkan begitu sahaja tanpa tindakan yang sewajarnya.

KOMEN : KALAU TAK ADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG. TAK SALAH MELAPORKAN PERKARA YANG BENAR, YANG SALAHNYA BILA MEMBUAT PENAFIAN DENGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN.... ASAL APA SAJA YANG DATANG DARI DAP TIDAK ADA YANG BAIK UNTUK ORANG MELAYU/ISLAM. DAH MEMANG DARAH DAGING DAP MENIPU DAN MENGHANCURKAN PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERJALIN SEJAK DAHULUI LAGI.

No comments: