Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 24 May 2011

HAI PAS PUN ADA KRONI?


Minta penjelasan Pas Kelantan
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


KOTA BHARU 23 Mei - Kerajaan Pas Kelantan diminta menjelaskan status sebuah syarikat pemaju yang dikatakan mendapat pelbagai keistimewaan untuk memajukan beberapa bidang tanah bernilai tinggi di bandar ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, penjelasan tersebut perlu bagi membuang persepsi buruk rakyat terhadap Kerajaan Pas Kelantan berikutan banyak projek yang dibangunkan syarikat berkenaan menghadapi masalah.

Sebagai contoh katanya, pembinaan projek Bazar Tok Guru yang mengakibatkan kerajaan Pas Kelantan kerugian sebanyak RM50 juta.

"Kerugian ini diakui sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia melibatkan wang rakyat, disebabkan itu kita mahu penjelasan kenapa syarikat ini mendapat keistimewaan untuk membangunkan tanah yang bernilai tinggi.

"Apakah pengarah syarikat ini mempunyai pertalian keluarga dengan Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) atau pemimpin kerajaan negeri.

"Selain daripada Bazar Tok Guru, syarikat ini turut membangunkan Bazar Tengku Anis, Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan mengambil alih tapak Pasar Lama MPKB untuk dibangunkan dengan harga yang rendah.

"Perkara ini telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan rakyat, disebabkan itu penjelasan perlu diberikan, malah saya melihat pemimpin Pas sendiri seolah-olah takut untuk menyebut nama syarikat ini," dakwanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kemelut Bazar Tok Guru yang sehingga hari ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya oleh Kerajaan Pas Kelantan, biarpun peniaga di Pasar Lama MPKB bersetuju untuk berpindah.

Kemelut Bazar Tok Guru dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mula mendapat perhatian selepas bekas pegawai perhubungan awam perbadanan tersebut, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkannya dalam blog, Kickdefella.

Dalam perkembangan sama, Wan Khairul Ihsan berkata, pemimpin Kerajaan Pas Kelantan juga perlu menjelaskan secara terperinci mengenai dakwaan Syed Azidi mengenai peniaga Kemboja yang dikatakan mendapat keistimewaan untuk memilih lot perniagaan di Bazar Tok Guru.

"Mengikut Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, majlis memilih lot perniagaan pada 2 Mei lalu, bagaimanapun dua hari sebelum itu, telah ada pihak tertentu membahagikan lebih 100 lot tersebut kepada orang lain terutama peniaga Kemboja tanpa pengetahuan persatuan.

"Mana janji Kerajaan Pas Kelantan untuk membantu peniaga kecil di bandar ini. Nampaknya orang lain menjadi keutamaan Kerajaan Pas Kelantan, seolah-olah mereka mendapat untung dalam setiap transaksi yang berlaku," dakwanya.

KOMEN : BAGI KERAJAAN PAS KELANTAN APA SANGATLAH MAKNANYA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM KERANA DENGAN MUDAH MEREKA MENIPU RAKYAT. APA ENTAH LAGI SLOGAN PAS FOR ALL, SLOGAN INI HANYA TERPAKAI BAGI KRONI DAN SYARIKAT SDN. BHD. YANG ADA KAITAN DENGAN NIK AZIZ.. DIA APA KISAH BIAR RAKYAT KELANTAN MEREMPAT DINEGERI ORANG, RAKYAT DI KELANTAN JANGAN DIKAYAKAN NANTI LALAI DAN TIDAK MENYOKONG PAS... BILA RAKYAT KELANTAN HIDUP SUSAH, KERAJAAN PAS AKAN SALAHKAN KERAJAAN BN KERANA GAGAL MENYALURKAN BANTUAN SEDANGKAN ITU ADALAH TUGAS HAKIKI KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMBANTU RAKYATNYA.. SAMPAI BILA MEREKA NAK MENIPU RAKYAT NI?

1 comment:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

Selagi PAS dipimpin oleh pemimpin yang dungu dan menggunakan agama untuk kepentingan Parti...apa pun dia akan buat untuk memenuhkan poket dorang...sebab pemimpin dorang ni manusia biasa yang sama berbuat dosa seperti manusia lain...