KUALA LUMPUR 19 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi respons yang baik terhadap rawatan yang diberikan selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), awal pagi semalam.
Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, bekas Perdana Menteri itu juga mampu mengambil makanan dengan baik dan doktor yang merawatnya turut berpuas hati dengan respons yang diberikan bagi rawatan berkenaan.
"Beliau akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan dijangka terus menerima rawatan di IJN untuk beberapa hari lagi," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam.
Pada 2 Oktober lalu, negarawan berusia 86 tahun itu pernah dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia akibat jangkitan yang sama sewaktu berada di sana bagi menyampaikan ucapan pada seminar pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Melbourne.
Dalam pada itu, Sufi berkata, doktor turut menasihatkan Dr. Mahathir berehat dan tidak menerima kunjungan pelawat kecuali keluarga terdekat.

KOMEN : SEMUGA TUN. M CEPAT SEMBUH DAN DIBERIKAN ALLAH swt DENGAN KESIHATAN YANG LEBIH BAIK... AMIN
1 comment:
Amin. Risau betul memikirkan kesihatan Tun Mahathir nih...al-maklum..pemimpin yang paling disayangi rakyat...Moga Tun cepat sembuh...dan sentiasa didalam lindungan Allah swt...
Post a Comment