Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 4 May 2011

RUMAH SUDAH SIAP PAHAT MASIH BERBUNYI


Perlembagaan tidak dipinda
Oleh MOHD. ZAAIN MD. ZIN
utusansarawak@utusan.com.my


KUCHING 3 Mei - Perlembagaan negeri tidak akan dipinda semata-mata untuk membolehkan seseorang individu yang bukan wakil rakyat menjadi anggota Kabinet atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, pindaan berkenaan tidak wajar dilakukan kerana ia akan membelakangi keputusan rakyat pada pilihan raya negeri April lalu.

"Pindaan perlembagaan cuma teori dan pandangan sesetengah pihak sahaja. Oleh itu saya tidak akan melayan perkara seumpama ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara mengangkat sumpah 12 Menteri Muda di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Baru di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan pihak tertentu supaya Perlembagaan negeri dipinda bagi membolehkan wakil daripada kaum Cina yang tidak bertanding atau kalah pada pilihan raya dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Perkara itu mengundang reaksi tidak senang barisan pemimpin negeri yang rata-ratanya menolak cadangan yang disifatkan tidak perlu dilayan sama sekali.

Ditanya mengenai Kabinet bayangan yang dibentuk parti pembangkang, Abdul Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya berkata: "Terpulanglah kepada mereka".

KOMEN : PILIHAN TELAH DIBUAT OLEH RAKYAT SARAWAK. YANG MENANG AKAN TERBELA DAN YANG SESUKA HATI MENGIKUT EMOSI YANG RASIS DAN MEMILIH DAP SERTA PKR TANGGUNG SENDIRI AKIBATNYA. SETUJU DENGAN KM SARAWAK YANG TIDAK MELAYAN SUARA-SUARA SUMBANG KAUM CINA. TIADA WAKIL TIDAK BERMAKNA KAUM MEREKA TIDAK TERBELA. SENDIRI MAHU INGAT WAKIL YANG ANDA PILIH PERLU MENYELESAIKAN MASALAH ANDA? ITULAH TUGAS WAKIL RAKYAT ANDA..

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang Daddy,

Kena bagi ajar dengan dorang2 ni.. dulu masa nak meraih undi...Najib punya sedekah duit kat sekolah2 dorang bukan sikit...juta2... kita ni yang menyokong tanpa meminta2.. dapat salam pun dah cukup...mmg pangkah BN punyer... kemudiannya apa yang kita dapat?

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Mengundi jangan ikut emosi. Najib kena belajar belanja berhemah. Kita aje yang berhemah dia joli sakan dengan kaum cina. Tapi sokong BN ok....hehehe