Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 4 May 2011

SIAPA PENGKHIANAT ORANG MELAYU?


Pengkhianat Islam
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.

“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.

KOMEN : JANGAN MEMAKSA NIK AZIZ MENGELUARKAN PERKATAN SEPERTI KARPAL " OVER MY DEATH BODY " BILA NIK AZIZ DISINDIR DAN DIDESAK DIA AKAN MENGELUARKAN FATWA IKUT SUKA HATI DIA. AGAKNYA APA GELARAN YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA Dr. JUANDA JAYA PULAK OLEH NIK AZIZ DAN PENYOKONG-PENYOKONG PAS?

2 comments:

Onna said...

Assalam Sayang Daddy,

Dah naik fed up dah nk bercerita hal orgtua nih...tak membawa faedah dan kebaikan.... semua niat baik dipandang serong... orang kapir gak yang baik pada pandangan mata dorang... dorang lebih rela bersekongkol ngan si kapir laknat lagi daripada ngan orang islam melayu...

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Kita terpaksa terima hakikat dendam Nik Aziz terhadap UMNO. Sepatutnya semakin tua semakin tunduk, tapi tenguk cara dia semakin riak dan sombong bodoh...