Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 5 May 2011

YANG TERBUNUH OSAMA - PENGIKUTNYA?


Mungkin banyak lagi keganasan'
Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my



Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan hadiah buku kepada pemenang utama Pertandingan Esei 2010, Eric Lee Vui Loong dari Kolej Universiti HELP di Putrajaya, semalam. - BERNAMA



PUTRAJAYA 4 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menyifatkan kejayaan Amerika Syarikat (AS) membunuh pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden kelmarin mungkin akan mencetuskan lebih banyak keganasan pada masa depan.

Beliau berkata, pendekatan negara kuasa besar tersebut menangani isu terbabit adalah lebih bersifat balas dendam ekoran tragedi serangan 11 September 2001 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York.

''Osama memanglah orang yang salah tetapi mengadakan satu pasukan untuk membunuhnya sebelum dibuang dalam laut bukan cara menguatkuasa undang-undang.

''Hasilnya, mungkin menyebabkan lebih ramai orang marah dan mungkin lebih banyak tindakan ganas akan dilakukan nanti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Esei 2010 yang bertemakan Mengasah Minda Pemimpin Masa Depan di sini hari ini.

Pertandingan kali ketiga yang berlangsung dari bulan Mei hingga Oktober tahun lalu itu dianjurkan oleh MPH Book Stores bersama Yayasan Kepimpinan Perdana.

Pada 2 Mei lalu, Osama dilaporkan maut dalam satu operasi ketenteraan diketuai AS di Pakistan, sekali gus menamatkan pemburuan selama 10 tahun yang dilancarkan AS terhadap perancang serangan ke atas WTC di New York pada 11 September 2001.

Osama terbunuh dalam satu serangan tentera AS di bandar Abbottabat, kira-kira 100 kilometer di utara Islamabad.

Dr. Mahathir berkata, walaupun AS dan sekutunya akan melakukan beberapa usaha untuk mewujudkan suasana kemesraan dengan negara-negara Islam tetapi ia tidak akan berpanjangan.

''Reda sedikit kerana mungkin tidak ada pemimpin lain tetapi akhirnya yang marah akan bertindak juga," katanya.

KOMEN : BILA KEGANASAN DIBALAS DENGAN KEGANASAN, AKHIRNYA TIADA SIAPA YANG MENDAPAT KEBAIKAN. YANG TERBUNUH ADALAH OSAMA (MASIH DIRAGUI) DAN BAGAIMANA PULA DENGAN RANGKAIAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA DISERATA DUNIA? RANGKAIAN AL- QAEDA IN UMPAMA SEBUAH SYARIKAT YANG KEMATIAN CEO TAPI SYARIKAT AKAN TERUS BERJALAN SEPERTI BIASA BILA DIGANTIKAN DENGAN CEO YANG BARU. LEPAS INI AMERIKA DAN SEKUTUNYA AKAN TERUS MELAKUKAN KEGANASAN DEMI KEGANASAN BAGI MENYELAMATKAN ANAK EMAS MEREKA ISRAEL DARI ANCAMAN ANTI-ZIONIS NEGARA ISLAM.

No comments: