Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 5 May 2011

BILA ORANG CINA SALAHKAN BN


DARI UTUSAN MALAYSIA
5.5.2011


AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 2 Mei 2011 menyiarkan artikel mengenai keputusan MCA baru-baru ini untuk tidak menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum akan datang.

Penolakan tersebut turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Artikel bertajuk ‘MCA nampak berundur sebaliknya maju ke hadapan?’ itu tersiar dalam ruangan editorial pada halaman A14 akhbar berkenaan.

Keputusan yang dicapai oleh mesyuarat Majlis Presiden MCA pada Jumaat lalu sehingga kini masih tidak mendapat respons daripada kaum Cina. Mereka hanya mengambil pendekatan berdiam diri. Reaksi yang ada hanyalah daripada pemimpin parti pemerintah dan pembangkang. Respons mereka, mungkin hanya boleh ditafsir daripada sokongan kepada MCA dalam pilihan raya sebelum ini.

Kaum Cina sentiasa mahukan hasil yang berfaedah kepada mereka dan kadang-kadang bertindak mengikut emosi jika ia tidak diperolehi. Mereka sudah pasti akan menyokong mana-mana parti yang boleh membawa manfaat kepada kaum itu.

Bagi orang Cina, tiadanya wakil MCA dalam Kabinet tidak akan membawa apa-apa perbezaan kerana wakil parti itu yang berada dalam kerajaan selama ini dilihat tidak benar-benar memperjuang dan mempertahankan masyarakat Cina.

Hakikat ini adalah jelas apabila sokongan mereka kepada calon MCA sejak beberapa tahun dahulu semakin menurun.

Ada sesetengah pihak menganggap keputusan Majlis Presiden MCA hanya bertujuan mengugut masyarakat Cina, iaitu jika calon parti itu kalah, tiada lagi wakil kaum berkenaan dalam kerajaan. Apa yang dibuat oleh MCA itu hanya akan menyebabkan masyarakat Cina semakin tidak berpuas hati.

Ini kerana, masyarakat Cina berharap dengan berkurangnya sokongan kepada MCA, parti itu akan insaf dan meningkatkan kembali prestasi perkhidmatan mereka kepada kaum itu. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila MCA mengugut kaum itu semata-mata untuk meraih undi.

Dalam pada itu, masyarakat Cina bukan sahaja tidak berpuas hati terhadap MCA malah mereka juga mempunyai perasaan sama terhadap Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh UMNO.

Sikap pemimpin UMNO yang turut menyokong keputusan Majlis Presiden MCA dengan memberi pilihan kepada pengundi kaum Cina supaya memilih DAP atau MCA, menyebabkan perasaan tidak puas hati kaum itu semakin bertambah. Jangan lupa kekalahan MCA, BN juga bertanggungjawab.

KOMEN : UNDI ORANG CINA HANYA UNTUK ORANG CINA... MCA YANG GAGAL, BN PIMPINAN UMNO JUGA YANG SALAH... KENAPA UMNO? SEBAB PARTI ORANG MELAYU... RASIS BETUL ORANG CINA!!!!

2 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..TU LE MSLH MCA NIH. BARU KENE GERTAK SKET DGN DAP DAN MENGIGIL. DIORANG NI NAME JEK RAKAN BN TP TAK BLEH HARAP!..PRU13 DH DKT. APE DIORANG DAH BUAT SELAIN GOYANG KAKI TUNGGU RAKAN2 LAIN BUAT KEJE UTK DIA? ADOIYAIII

AJAI62 said...

Assalam Bro

Jeffry

Mereka ni pentingkan perniagaan mereka sebab tu orang cina pun malas nak sokong MCA sebab banyak sangat tokey cina. MCA kalah pun kerajaan akan bagi projek. Sebab mereka fikir itu hak mereka.... undi DAP pun tak apa sebab orang cina juga...rasis tu.