Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 9 May 2011

Vettel bangkit ungguli Grand Prix Turki


DARI UTUSAN MALAYSIA
9.5.2011




ISTANBUL - Penyandang juara, Sebastian Vettel meneruskan penguasaan perlumbaan Formula Satu (F1) tahun ini apabila muncul juara pada Grand Prix Turki semalam dengan catatan masa satu jam 30 minit 17.558 saat.

Pelumba Red Bull berusia 23 tahun itu mendahului perlumbaan selepas bermula di petak utama buat kali ke-19 dalam kariernya dan hanya dipintas sekali dalam perlumbaan tersebut ketika dia melakukan hentian pit.

Kejuaraan tersebut merupakan yang ke-13 dalam kariernya dan kejayaan Red Bull dihiasi dengan aksi menarik apabila rakan sepasukan Vettel, Mark Webber berjaya memintas juara dunia dua kali dari Ferrari, Fernando Alonso untuk menduduki tempat kedua.

Ia merupakan kejayaan pertama pasukan yang berpangkalan di England itu untuk meraih kejayaan 1-2, dalam perlumbaan yang menyaksikan banyak aksi menarik.

Alonso menamatkan saingan di tempat ketiga manakala pelumba dari Britain, Lewis Hamilton ditempat keempat, yang menyaksikan pelumba McLaren itu sekali lagi berdepan masalah di hentian pit melibatkan nat tayar jenteranya.

Pelumba dari Jerman, Nico Rosberg (Mercedes) menduduki tempat kelima mengatasi Jenson Button (McLaren) di tempat keenam, walaupun dia hanya melakukan tiga kali hentian pit berbanding pelumba lain yang melakukan sebanyak empat kali.

Seorang lagi pelumba Jerman, Nick Heidfeld dari Renault menamatkan saingan ditempat ketujuh mengatasi rakan sepasukan, Vitaly Petrov, manakala Sebastien Buemi (Toro Rosso) di tempat kesembilan dan Kamui Kobayashi (Sauber) ke-10.

Juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher menduduki tempat ke-12, diikuti bekas rakan sepasukannya dari Ferrari, Felipe Masa.

Pelumba Team Lotus, Heikki Kovalainen menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 manakala rakan sepasukannya, Jarno Trulli ke-19. - AFP

No comments: