Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 9 May 2011

United kebal


DARI BERITA HARIAN ONLINE
2011/05/09




PEMAIN tengah Manchester United, Park Ji-Sung (kanan) bijak memperdaya pemain tengah Chelsea, Frank Lampard pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester, awal pagi tadi. Keputusan United 2, Chelsea 1. - Foto AFP

MANCHESTER: Gambaran positif sudah terbayang pada Manchester United untuk muncul juara buat kali ke-19 selepas menewaskan pencabar utama, Chelsea 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi.

Jaringan daripada Javier Hernandez ketika permainan berusia 43 saat dan satu menerusi tandukan Nemanja Vidic pada minit ke-22 sudah memadai buat anak didik Alex Ferguson merakamkan kemenangan penting ini dan menjarakkan diri kepada enam mata daripada lawan itu ketika berbaki dua perlawanan lagi.

Chelsea yang tersentak dengan gol awal jelas sukar menyusun semula cabaran dan berpuas hati dengan gol sagu hati daripada Frank Lampard pada minit ke-68. Dalam perlawanan terdahulu, Arsenal terus hilang arah dalam perjuangan selepas tewas kepada Stoke City 3-1 di gelanggang lawan. - Agensi

KOMEN : MU BAKAL JUARA..

No comments: