Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 27 May 2011

PETRONAS GLC KERAJAAN MALAYSIA


Royalti minyak: Kerajaan Pusat kekal selaku pencelah


PUTRAJAYA 26 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Kerajaan Persekutuan kekal selaku pencelah dalam kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berhubung tuntutan tunggakan royalti minyak.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyekat Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah sekali gus dinamakan sebagai defendan kedua dalam kes saman tersebut.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memutuskan agar kes saman itu tidak dipindahkan semula ke Mahkamah Komersial Baharu (NCC), sebaliknya dibicarakan di mahkamah sivil.

Ketika membacakan keputusan itu, Hakim Hop Bing menyatakan, mahkamah berpuas hati bahawa kehadiran Kerajaan Persekutuan selaku pihak pencelah dalam saman tersebut perlu bagi memastikan semua pertikaian berhubung tuntutan royalti minyak, dihakimi secara menyeluruh.

Pada hemat panel itu, isu-isu yang timbul berkaitan relif yang dituntut oleh perayu perlu ditentukan di antara ketiga-tiga pihak iaitu Kerajaan Negeri Kelantan, Petronas dan Kerajaan Persekutuan.

Dengan keputusan itu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Mac lalu yang membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan bertindak selaku pencelah serta dinamakan sebagai defendan kedua dalam tuntutan saman tersebut.

Mengenai rayuan berhubung perpindahan kes, Hakim Hop Bing berpendapat, ia dilakukan mengikut amalan yang betul iaitu membabitkan perpindahan antara bahagian, bukannya melibatkan mahkamah yang berlainan.

Kerajaan Negeri Kelantan melalui saman yang difailkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 30 Ogos tahun lalu menuntut supaya Petronas melaksanakan perjanjian petroleum bertarikh 9 Mei 1975 setelah mendakwa defendan secara salah melanggar kewajipannya.

Terdahulu, peguam Tommy Thomas yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan berhujah, Kerajaan Persekutuan tidak layak mencelah kerana perjanjian itu yang dimeterai 36 tahun lalu hanya melibatkan Petronas dan perayu.

Beliau menghujahkan, Kerajaan Persekutuan tiada bidang kuasa untuk campur tangan dan bertindak sebagai pihak pencelah dalam saman itu kerana punca tindakan dan tuntutan tidak dibuat terhadapnya.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi yang mewakili pihak kerajaan berhujah, Kerajaan Persekutuan layak mencelah kerana ia merupakan pemilik petroleum di perairan Kelantan.

Sementara itu, Thomas memaklumkan, beliau akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

KOMEN : MERAYULAH SELAGI BOLEH... BILA KALAH NANTI JANGANLAH SALAHKAN UMNO? NANTI KATA MAHKAMAH MENGIKUT ARAHAN UMNO. MACAM KES SESEORANG TU YANG ASYIK TERTANGGUH KERANA ASYIK MEMBUAT RAYUAN YANG TIDAK MASUK AKAL? JANGAN JADI ORANG TAMAK, NANTI SENDIRI YANG RUGI.....

No comments: