Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 10 May 2011

KDN - ARAHAN PERDANA MENTERI


Polis diarah siasat menyeluruh - Hishammuddin
DARI UTUSAN MALAYSIA
10.5.2011




PUTRAJAYA 9 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarah menjalankan siasatan terperinci termasuk memanggil mereka yang terlibat berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan arahan supaya siasatan menyeluruh dilakukan berhubung perkara itu yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

''Setakat ini sembilan laporan polis telah diterima iaitu empat di Pulau Pinang, dua di Alor Setar (Kedah) dan masing-masing satu di Kuantan (Pahang), Ipoh (Perak) dan Sepang (Selangor).

''Saya mendapat makluman daripada semasa ke semasa dan ketika ini pihak polis masih melengkapkan siasatan. Tumpuan ketika ini adalah untuk menyiasat apakah benar wujud perkara seperti dilaporkan dan juga mengenai keputusan pihak akhbar berkenaan yang memainkan isu sensitif seperti ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Laporan Utusan Malaysia itu memetik penafian Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi, mengenai penglibatannya dalam penganjuran pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain didakwa membawa agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Ia merupakan susulan kepada entri laman blog http://bigdogdotcom.wordpress.com bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com yang menyentuh tentang pertemuan itu.

Tegas Hishammuddin, perkara yang dilaporkan amat sensitif dan semua pihak mesti memahami bahawa ia tidak wajar dibangkitkan oleh mana-mana pihak kerana perkara seumpama itu boleh membawa kepada kacau bilau dan kegusaran dalam kalangan rakyat.

''Pada peringkat ini kita masih belum boleh membuat sebarang rumusan atau menuduh mana-mana pihak berdasarkan laporan yang telah diterbitkan oleh pihak akhbar.

''Perdana Menteri sendiri dalam maklum balas kepada pihak media semalam telah meminta semua pihak bertenang dan tidak mengeksploit dakwaan tersebut kerana ia tidak akan memberi apa-apa faedah kepada sesiapa pun," katanya.

Beliau meminta semua pengamal media mengambil pendekatan yang lebih sensitif dan bertanggungjawab lebih-lebih lagi dalam negara majmuk seperti Malaysia.

''Tidak ada sesiapa pun yang wajar dan berhak membuat apa-apa kesimpulan pada ketika ini kerana siasatan masih diteruskan, saya mahu pihak polis mendapatkan maklumat sebenar dan sahih tentang apa sebenarnya yang telah berlaku dan ia perlu dilakukan dengan telus dan tegas," katanya.

Hishammuddin berkata, Malaysia berpegang kepada peruntukan Perlembagaan yang menetapkan Islam adalah agama rasmi dan di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti.

Justeru tegas beliau, semua pihak perlu bertenang dan tidak perlu merasa risau dengan apa yang dilaporkan kerana kerajaan memberi jaminan bahawa setiap daripada rakyat di negara ini bebas melakukan apa sahaja seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan dan keselamatan mereka juga terjamin.

KOMEN : APA DAH JADI DENGAN MENTERI KDN? ATAS ARAHAN PERDANA MENTERI... BARU KES BOLEH DISIASAT KE? LEPAS NI JANGAN TERSALAH MENUDUH ORANG LAIN DI MAHKAMAH PULAK...

No comments: