Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 19 May 2011

Lebih 500 orang Asli berhimpun bantah Ladang Rakyat


DARI UTUSAN MALAYSIA
19.5.2011




MASYARAKAT orang asli berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum menuntut hak di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang, semalam.



GUA MUSANG 18 Mei - Protes membantah program Ladang Rakyat dan pengambilan tanah penduduk di kawasan Hulu Kelantan berterusan serta semakin kuat selepas perhimpunan secara aman diadakan di hadapan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim kelmarin.

Hari ini, lebih 500 masyarakat Orang Asli dari seluruh negeri ini berkumpul secara aman bermula pukul 9.30 pagi di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang bagi menuntut pengiktirafan serta mengekalkan tanah adat seperti termaktub dalam Perlembagaan dan yang dijanjikan oleh Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini.

Wakil pertubuhan yang mewakili masyarakat tersebut, Jaringan Orang Asal Semalaysia (JAOS), Azmi Badol bagaimanapun kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pegawai daripada pejabat tersebut yang enggan membuka pintu pagar bagi menerima memorandum bantahan.

"Hina sangatkah kami sehingga tidak mahu membuka pintu pagar, kami datang secara aman untuk menyerah semula memorandum yang dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 14 Februari lalu di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10.

"Hari ini, kami berkumpul kembali dan datang ke sini untuk menyerahkan semula memorandum selepas tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh Nik Abdul Aziz dan pemimpin kerajaan yang lain," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada perhimpunan itu, Azmi hanya berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil Pegawai Daerah melalui celah-celah jeriji pintu pagar dan tidak dapat berbincang secara mendalam.

Difahamkan, Pegawai Daerah Gua Musang tidak ada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat di Kota Bharu pagi ini.

Peserta perhimpunan itu turut membawa pelbagai kain rentang dan berpakaian tradisi suku Temiar serta menyanyikan lagu masyarakat mereka.

Sebelum ini, tiga lelaki Orang Asli dari Pos Belatim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang Kerajaan Pas Kelantan meluluskan tanah kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk dibangunkan ladang di kawasan tanah adat mereka.

Azmi berkata, kegiatan pembalakan, Ladang Rakyat dan perlombongan emas serta bijih timah berlaku secara berleluasa di kawasan tanah adat mereka sehingga menjejaskan pendapatan serta mencemarkan alam sekitar.

"Perkara ini bukan baru malah beberapa kali kami bangkitkan dan mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz sendiri tetapi tidak ada sebarang tindakan.

"Malah semakin hari, kami dihimpit dengan masalah ini dan suara kami langsung tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan Pas Kelantan," katanya.

KOMEN : BN JUGA YANG AKAN DISALAHKAN KERANA TELAH BERJAYA MENDIDIK DAN MENYEDARKAN ORANG ASLI DIGUA MUSANG AKAN HAK MEREKA YANG TERMAKTUD DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA. PAS BUKANNYA SEBUAH PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM. MEREKA MERUPAKAN PARTI PEMERINTAH YANG AKAN TERUS BERUSAHA UNTUK MENYUSAHKAN RAKYAT. JANGAN HARAP NIK AZIZ AKAN MENDENGAR RINTIHAN RAKYAT YANG HIDUP DALAM KESUSAHAN...

No comments: