Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 21 September 2011

YANG MANA SATU BETUL?


Belum sesuai laksana hudud - Mohd. Asri
DARI UTUSAN MALAYSIA 21/9/2011


KOTA BHARU 20 Sept. - Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan sekarang bukan masa yang sesuai untuk negara ini melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Katanya, perkara paling penting sekarang ialah mempromosikan hudud dengan cara yang positif bagi mengelakkan salah anggap kerana hudud mempunyai maksud yang luas dan bukan hanya melibatkan hukuman terhadap pesalah semata-mata.

"Pada saya Malaysia tidak kondusif lagi untuk melaksanakan hudud tetapi tidak boleh kata tidak, kita kena usaha wujudkan suasana kondusif, kita mudahkan yang halal dan sukarkan yang haram, maka ketika itu baru hudud boleh dilaksanakan.

"Saya melihat ada beberapa pihak yang bercakap mengenai hudud, satu ikhlas untuk melaksanakannya tetapi kurang faham tentang latar belakang hudud, mereka hanya terfikir potong tangan orang mencuri selesai tanggungjawab sedangkan tanggungjawab bermula sebelum daripada itu.

"Golongan kedua pula anti hudud disebabkan satu pihak yang memberikan promosi negatif maka reaksinya adalah negatif, maka kita berharap ada promosi positif dan kita akan mendapat reaksi positif," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada Majlis Sambutan Hari Hududullah di Balai Islam Lundang di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya sentiasa berharap dapat melaksanakan hudud di negara ini biar pun ditentang hebat oleh sekutunya dalam pembangkang.

Mohd. Asri berkata, dorongan politik yang kuat harus ada sekiranya hudud ingin dilaksanakan di negara ini.

"Banyak aspek perlu dilihat untuk melaksanakan hudud, kita perlu berikan keadilan, keamanan dan keharmonian baru boleh dilaksanakan supaya nanti tidak ada salah faham dari kalangan bukan Islam dan dunia luar.

"Pada masa sama juga perlu ada ijtihad baru dan bukan hanya terikat dengan teks lama semata-mata supaya ia sentiasa sesuai dengan keadaan semasa dan dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia," katanya.

KOMEN : Dr. ASRI KENA NASIHATKAN NIK AZIZ BERKENAAN PERLAKSANAAN HUKUM HUDUH... BUKAN TERUSAN MENYALAHKAN ORANG LAIN YANG TIDAK SEALIRAN DENGAN PERJUANGAN POLITIK DIA....

No comments: