Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 5 September 2011

MASIH ADAKAH PEGUAM NEGARA?


Peguam Negara diminta bertindak ke atas Anwar



KUALA LUMPUR 4 Sept. – Peguam Negara diminta mengambil tindakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan memburukkan institusi kehakiman dan hakim perbicaraan di hadapan orang awam.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, kenyataan pembelaan Anwar yang dibuat dari kandang tertuduh dengan tidak bersumpah boleh disifatkan sebagai tuduhan melampau yang merupakan penghinaan terhadap mahkamah.

Katanya, dalam konteks undang-undang, perbuatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebenarnya seperti menghina mahkamah serta mencabar kewibawaan hakim dalam mengendalikan kes berkenaan.

“Sepatutnya, Peguam Negara harus ambil tindakan tegas dengan mengenakan tuduhan menghina mahkamah di mahkamah lain terhadap tindakan Anwar itu kerana ia boleh mencabar integriti dan kredibiliti sistem perundangan dan kehakiman Malaysia yang telah diamalkan sejak merdeka.

“Janganlah dibiarkan tindakan beliau itu sebagai contoh oleh tertuduh lain di mahkamah nanti. Adakah tindakan Anwar seperti menunjukkan imuniti beliau terhadap kes itu?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas wawancara Mingguan Malaysia bersama peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang menyatakan kenyataan Anwar merupakan penghinaan mahkamah paling serius yang pernah diketahuinya.

Irmohizam yang juga pensyarah di Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara berkata, tindakan melampau itu secara tidak langsung akan menjadi contoh yang tidak baik kepada generasi muda.

“Peguam Negara janganlah bertangguh dalam setiap tindakan agar mahkamah tidak dijadikan pentas untuk meraih sokongan politik.

“Anwar seperti ingin menggunakan mahkamah seperti pentas politik peribadi berbanding untuk mendapatkan kebenaran atas pertuduhan liwatnya. Pada hemat saya, perbuatan beliau itu mencabar prinsip rule of law dan kedaulatan undang-undang,” jelasnya.

Kata Irmohizam lagi, prinsip Rukun Negara mesti dipertahankan dan kedaulatan undang-undang mesti menjadi pegangan setiap warga Malaysia.

Sementara itu, pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang berkata, sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah walaupun memberi kenyataan di dalam mahkamah yang mendapat absolute privilege asalkan kenyataan itu termasuk dalam kategori mengaibkan mahkamah.

KOMEN : KENAPA SEMAKIN LAMA SEMAKIN PEKAK DAN BISU MELANDA PEJABAT PEGUAM NEGARA? MASIHKAH MALAYSIA MEMPUNYAI SEORANG PEGUAM NEGARA ? MELUAT DENGAN SIKAP AG YANG TERUS MEMBISU UMPAMA MULUT DIJAHIT DAN TANGAN TERIKAT... APA CERITA NI?...

No comments: