DARI UTUSAN MALAYSIA 22/9/2011
Stoke City pula menyingkirkan juara empat kali, Tottenham Hotspur menerusi penentuan sepakan penalti 7-6 selepas 90 minit perlawanan yang berkesudahan tanpa jaringan.
Newcastle United pula dipaksa mengharungi aksi penuh dramatik ketika menumpaskan Nottingham Forest 4-3 dalam saingan yang berlarutan ke masa tambahan.
Dalam satu lagi perlawanan tumpuan, Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan kelab Liga Dua (divisyen empat), Shrewsbury Town 3-1 di The Emirates manakala Bolton menang 2-0 ke atas pesaing dari Liga Perdana, Aston Villa.
Bekas penyerang England, Owen meletakkan United di depan selepas 15 minit ke atas kelab Liga Kejuaraan (divisyen dua), Leeds menerusi sepakan jauh dari luar kotak penalti.
Owen mencipta gol kedua pada minit ke-32 hasil rembatan kaki kanan dalam kawasan lawan, sebelum Ryan Giggs menjadikan kedudukan 3-0 beberapa saat sebelum tamat babak pertama menerusi tendangan kaki kiri.
Pengurus Manchester United, Alex Ferguson melakukan 11 perubahan daripada barisan yang mengalahkan Chelsea pada saingan Liga Perdana, Ahad lalu tetapi masih mampu melayakkan diri dengan menumpaskan Leeds.
Sementara itu, musim buruk Arsenal pada awalnya tampak akan berterusan apabila ketinggalan pada minit ke-16 menerusi tandukan James Collins, namun Kieran Gibbs menyamakan kedudukan pada minit ke-33.
Pemain remaja berusia 18 tahun, Alex Oxlade-Chamberlain meletakkan naib juara musim lalu itu di depan pada minit ke-58 dan Yossi Benayoun turut menghadiahkan gol pertamanya buat Arsenal, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas pengurus, Arsene Wenger.
Kempen Tottenham pula berakhir apabila penalti yang diambil pemain gantian berusia 18 tahun, Massimo Luongo diselamatkan oleh penjaga gol Stoke, Thomas Sorensen.
Newcastle pula meneruskan kemaraan selepas Fabricio Coloccini memperoleh gol kemenangan saat akhir ke atas kelab Liga Kejuaraan, Forest. - Reuters
No comments:
Post a Comment