Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 19 September 2011

'Elak sengketa, sokong siapa sahaja jadi calon'


DARI UTUSAN MALAYSIA 18/9/2011



SHAH ALAM 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) di negeri ini membuat akujanji memastikan tiada lagi sengketa dalaman atau sesama parti komponen sebagai syarat untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekali gus membolehkan kembali memerintah di Selangor.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN dalam nada tegas memberi peringatan agar mereka mengambil pengajaran pahit daripada kekalahan di Selangor dalam Pilihan Raya Umum 2008 dengan bangkit semula melakukan tindakan yang dapat mengembalikan semula sokongan rakyat.

Namun, beliau melahirkan kebimbangan kerana tamparan pada 2008 masih tidak diambil pengajaran oleh segelintir pemimpin apabila masih asyik memikirkan kedudukan jawatan dalam parti berbanding memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya.

"Marah...rasa nak marah kerana kita tidak belajar daripada pelajaran pahit, kita dibuai dengan keselesaan kerana ada kerajaan Pusat.

"Nauzubullilah, kalau tidak ada (kerajaan Pusat) maka penghinaan yang kita terima lagi dahsyat, sebaliknya hari ini hendak minta apa sahaja boleh sebab ada 'bapa' (kerajaan Pusat), boleh merayu dan tunjuk muka sedih minta peruntukan.

"Sepatutnya kita tidak semata-mata melaungkan mahu rampas balik Selangor tetapi kita mesti melaungkan bahawa kita sudah insaf dengan pengajaran yang pahit itu, kita nak bangun semula dengan kekuatan baharu," katanya.

Beliau memberi peringatan tersebut di hadapan lebih 3,000 pemimpin BN dari pelbagai peringkat dalam ucaptama perasmian Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, ujian paling besar yang perlu dihadapi wakil-wakil rakyat sedia ada ialah mereka perlu bersedia untuk melepaskan jawatan itu kepada calon lain yang berpotensi menang dalam pilihan raya.

Beliau juga melontarkan pertanyaan secara terbuka adakah mereka sanggup tidak menjadi calon dan cabarannya itu disambut seluruh kepimpinan BN negeri bahawa mereka bersedia berbuat demikian.

Najib juga mahu semangat yang ditunjukkan dalam konvensyen tersebut ditunjukkan dalam masyarakat iaitu BN merupakan sebuah parti yang boleh diletakkan harapan bagi menjamin masa depan rakyat negara ini.

"Kalau rangka pemikiran kita sedemikian rupa, kalau yakin dengan prinsip BN, kalau diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon dan kalau tidak kecil hati serta merajuk dan sabotaj (sebaliknya), kita sokong habis-habisan.

"Kalau ada semangat itu, kita akan lahirkan semangat mengangkat BN sebagai pemerintah di negeri ini. Kalau kita jujur dan ikhlas pegang prinsip tadi, Tuhan akan berikan kemenangan apabila sampai waktunya," katanya.

Najib yang mengingatkan bahawa pilihan raya umum sudah semakin dekat mahu semua pemimpin dan ahli BN agar merapatkan barisan, mengetatkan mana yang longgar dan menyelesaikan masalah secara baik.

Ini kerana, beliau tidak mahu BN menerima nasib malang dan sukar kembali memerintah negeri ini sekiranya parti-parti pembangkang terus dapat mencengkam sekali gus menukar landskap politik negara.

"Sesiapa yang tidak belajar dari sejarah, sejarah akan hukum dia sekali lagi. Kita sudah alami sejarah pahit, jangan hendaknya berulang kembali," katanya.

KOMEN : USAHLAH DS NAJIB MENCALONKAN CALON RECYCLE YANG DITOLAK OLEH RAKYAT, BATU DAN KAYU PUN TAK BOLEH MENANG SEPERTI DAHULU KERANA SELAIN DARI PARTI, RAKYAT MENILAI SIAPA DIA CALON YANG BERTANDING... JADI SIAPA DIA CALONNYA DS NAJIB?

No comments: