Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 21 September 2011

BILA KECERDIKAN DI KEPALA LUTUT, HASILNYA?


Mat Sabu diminta henti cakap ‘hentam kromo’
DARI UTUSAN MALAYSIA 21/9/2011


KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor meminta Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhenti ‘membuka mulut’ kerana setiap cadangan dan idea yang dilontarkan beliau menyerlahkan pemikirannya yang cetek dan sering ‘hentam kromo’.

Terbaru, menurut Rahim, gesaan Mohamad supaya kerajaan memohon maaf kepada mereka yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang jelas menunjukkan ketidakcerdikan pemimpin yang menyandang jawatan Timbalan Presiden Pas itu.

Ini kerana, kata beliau, langkah kerajaan memansuhkan ISA bukan bermakna kesemua yang pernah ditahan di bawah akta tersebut termasuk komunis tidak bersalah sehingga kerajaan perlu meminta maaf kepada mereka.

Sambil menyifatkan cadangan Mohamad itu sebagai ‘amat dahsyat’, Rahim berkata, hanya orang yang tidak berfikir panjang dan memandang remeh semua perkara atau menganggapnya sebagai lawak jenaka akan mengemukakan cadangan seumpama itu.

“ISA bukan dilaksanakan baru-baru ini atau 10 tahun lampau, malah, boleh saja kita katakan bahawa ‘kegemilangan’ ISA menyamai ‘kegemilangan’ pergerakan komunis yang pernah mahu menghancurkan negara ini dengan kekejaman yang tidak pernah ada hentinya.

“Malah, ada pesalah ISA terdiri daripada komunis yang bukan dilahirkan di negara ini, adakah itu bermakna Mohamad Sabu mencadangkan agar kerajaan mencari waris-waris mereka di negara luar semata-mata untuk memohon maaf atas kekejaman yang mereka lakukan,” kata Rahim kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar yang menyebut Mohamad menuntut kerajaan memohon maaf kepada tahanan ISA sepertinya yang ditahan kerana perbezaan aliran politik dan bukan kerana keganasan terutama mereka yang terlibat dalam Ops Lalang 1987.

KOMEN : JANGAN DILAYAN MAT SABU NI... LAGI DILAYAN SEMAKIN TERSERLAH KE TIDAK CERDIKAN OTAKNYA... AKTA ISA TU BUKAN JENIS AKTA HARAM MACAM PAKATAN HARAM PUAK PEMBANGKANG.. YANG SALAH TETAP SALAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG... SIAN MAT SABU NAK SANGAT CARI POPULARITI TAHAP MURAH DAN BANGSAT, KAU JAWAB KAT MAHKAMAH KISAH BUKIT KEPONG...

No comments: