Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 19 September 2011

KDN temui Peguam Negara bincang lima akta baru


DARI UTUSAN MALAYSIA 18/9/2011



KUALA LUMPUR 17 Sept. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat pertemuan dengan Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat bagi memperkemaskan segala aspek mengenai pindaan dan cadangan berkaitan rang undang-undang baru membabitkan lima akta sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kementerian akan membantu Peguam Negara memperhalusi segala gerak kerja yang berkaitan bagi memastikan cadangan lengkap dan komprehensif dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Katanya, antara perkara yang akan dibincangkan ialah penggantian undang-undang baru di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 selain Akta Buang Negeri 1959.

"Perbincangan juga akan menyentuh perihal cadangan mekanisme penambahbaikan membabitkan aktiviti perhimpunan di tempat awam di bawah peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967.

"Kementerian akan turut mengusulkan senarai semakan untuk penelitian di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan peranan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) terus kekal relevan dan digubal semula sebagai Akta Parlimen dan diletakkan sebagai undang-undang di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mahmood berkata, segala prosedur dan kelulusan lesen dan permit di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan kekal sebagaimana proses sedia ada.

Katanya, ia bagi membolehkan kajian pindaan bersama Peguam Negara selesai dibuat membabitkan cadangan menghapuskan prinsip pembaharuan lesen cetak secara tahunan di bawah akta itu untuk digantikan dengan pengeluaran permit penerbitan dan lesen cetak sehingga dibatalkan.

"Sebagai menyokong pertumbuhan sihat aktiviti media, kementerian telah menubuhkan satu jawatankuasa khas di kalangan pengamal media utama dua hari lalu yang akan bertanggungjawab menentukan hala tuju amalan media secara sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Mahmood berkata, kementerian akan terus memperkasakan langkah menangani ancaman keselamatan negara selari dengan transformasi politik yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Katanya, ia antara lain meneruskan perjanjian kerjasama strategik antarabangsa dalam usaha menangani jenayah merentasi sempadan, membabitkan pelbagai negara termasuk meneruskan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau 6P.

"Bagi tujuan itu, kementerian juga akan menubuhkan Akademi Jenayah Rentas Sempadan Malaysia yang bakal berfungsi sebagai pusat aktiviti kerjasama serantau dan antarabangsa membabitkan isu-isu jenayah berkaitan," katanya.

KOMEN : TUNGGU HASIL GUBALAN UNDANG-UNDANG BARU BAGI MENGGANTIKAN YANG LAMA...

No comments: