Zulkefli Hamzah
DARI UTUSAN MALAYSIA 20/9/2011
PRESIDEN George W. Bush dalam kritikannya terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Malaysia pada 2001 menyatakan “ISA adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang mempunyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.”
Namun pada 2004, Presiden Amerika Syarikat itu terpaksa menelan kata-katanya dengan berkata, “Kami tidak seharusnya sewenang-wenang mengklasifikasi ISA sebagai undang-undang kejam.” Hal ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan kemudiannya penggubalan Akta Patriot.
Pengiktirafan Bush ini yang dipaparkan dalam Wikipedia – ensiklopedia bebas – lebih daripada mencukupi untuk menunjukkan bahawa negara segagah AS yang merupakan pejuang hak asasi manusia akhirnya terpaksa tunduk dan menggunapakai undang-undang tahanan tanpa bicara.
Malah setelah lebih setahun usia Akta Patriot, kerajaan AS terus berusaha menggubal undang-undang untuk memberi lebih banyak kuasa kepada pasukan keselamatannya. Jika Akta Patriot 1 memberi kuasa penahanan warga asing di AS, Patriot 11 akan membolehkan kerajaan AS menarik balik kerakyatan mereka yang memberi sokongan kepada aktiviti keganasan selain penahanan tanpa bicara.
Dan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan ISA dihapuskan sempena Hari Malaysia – selepas 54 tahun kemerdekaan negara – apakah agaknya reaksi Bush jika beliau masih berkuasa?
Setelah keganasan dan ancaman subversif menjadi ketakutan masyarakat antarabangsa khususnya selepas insiden 9 September, undang-undang pencegahan begitu diperlukan di mana pun pelosok dunia. Semangat ISA seperti ada di mana-mana walaupun mendapat tentangan pejuang hak asasi manusia kerana dibimbangi akan disalah guna.
Singapura dan Brunei juga mewarisi ISA, lama sebelum insiden Pusat Dagangan Dunia New York dan Pentagon yang dirempuh pesawat-pesawat yang dirampas pengganas itu. Walaupun kedudukan dan tahap ISA dua negara itu berbeza tetapi kesannya dapat dirasai sehingga sekarang.
Kerajaan Malaysia dan Singapura (1960) serta Brunei (1982) mudah mematahkan aktiviti keganasan atau ekstremisme yang berideologikan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.
Indonesia pula yang penguat kuasanya tidak dibekalkan dengan senjata tahan tanpa bicara, sehingga sekarang masih dianggap sebagai ladang subur pengganas. Undang-undang Anti Terorisme 2003 yang dikuatkuasakan selepas siri pengeboman yang mengorbankan banyak nyawa, dianggap belum mencukupi.
Setelah hampir lapan tahun berlalu, usaha untuk menyediakan undang-undang pencegahan yang tegas dan komprehensif masih menjadi perdebatan hangat di negara itu. Ini kerana undang-undang penahanan tanpa bicara yang ada sekarang dianggap ‘paling santun dan paling sopan’.
Ia masih gagal menahan asakan kumpulan ekstrem di republik itu yang umpama patah tumbuh hilang berganti. Seorang dibunuh, muncul puluhan bahkan ratusan ekstremis baru dengan kemahiran dan keberanian yang menakjubkan.
Walhal dari segi tindakan sehingga akhir tahun lalu, lebih 600 suspek keganasan ditangkap dengan 500 daripadanya dihadapkan ke mahkamah. Aktor utama penganas termasuk Noordin Mat Top dan Azahari Husin serta jaringannya juga telah dilumpuhkan. Tetapi mengapa masih berlaku aksi-aksi keganasan yang meresahkan umum?
“Dibanding negara-negara lain seperti Malaysia, Singapura, Australia dan negara-negara di Eropah, (undang-undang) kita yang paling lembik,” kata Ketua Badan Nasional Menangani Terorisme, Ansyaad Mbai dalam satu seminar anti keganasan pada 26 Februari lalu seperti dipetik Tempo Interaktif.
Negara itu juga seakan-akan membiarkan organisasi radikal tumbuh dan menyebarkan ideologi sempit mereka. Malah tokoh-tokoh yang menganggap Indonesia sebagai kafir dan perlu diperangi, dibiarkan leluasa menyebarkan fahaman mereka kepada umum.
Sehubungan itu, Ansyaad mahu Indonesia mencontohi ISA dan undang-undang pencegahan di Malaysia. Antara contoh yang disebutnya ialah perlunya larangan latihan berbau tentera oleh orang awam. Sedangkan di republik itu, parti politik mempunyai pasukan khas ala tentera.
Menurut Amnesty International terdapat 15 buah negara di Asia Pasifik yang mempunyai undang-undang penahanan tanpa bicara. Negara-negara yang dianggap bebas dan terbuka seperti Argentina, Brazil, Perancis, Belgium dan Portugal pula telah lama menguatkuasakan undang-undang seumpama itu.
Begitu juga di Turki, beberapa aktivis telah ditahan tanpa perbicaraan termasuk yang ada kaitan dengan kumpulan minoriti Kurdis. Di Columbia, walaupun tidak setegas ISA tetapi wujud undang-undang yang memberi kuasa yang lebih luas kepada pasukan keselamatan.
Malah negara demokrasi paling besar, India juga kini mempunyai undang-undang tahanan tanpa bicara selama enam bulan. Undang-undang anti subversif juga digunakan secara meluas di China dan dilaporkan akan dikembangkan pula ke Hong Kong.
Memandangkan ia sudah menjadi amalan sejagat, akta baru yang bakal menggantikan ISA seharusnya menjadi undang-undang yang dapat mencegah apa jua aktiviti yang bertujuan melemah atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan dan agama.
Jelas, instrumen dalam ISA (pencegahan dan pemulihan) terbukti telah berjaya membawa Malaysia menjadi sebuah negara aman dan makmur. Berbanding banyak negara membangun, Malaysia dan rakyatnya boleh dikategorikan sudah mencapai tahap matang dan bersedia melangkah ke status negara maju. Jangan nafikan, ada peranan ISA ke atas apa yang dinikmati sekarang.
Tentu sekali, kita semua tidak mahu ada pihak yang mengganggu proses transformasi untuk mencapai kecemerlangan yang rakyat idamkan. Jika AS pun terpaksa tunduk untuk menguatkuasakan undang-undang tanpa bicara, akta baru yang bakal digubal juga harus mampu berperanan sebagaimana ISA iaitu memelihara keamanan dan keselamatan negara.

KOMEN : PADA YANG ANTI SANGAT DENGAN ISA TU, BACA DENGAN TELITI DAN JANGAN TAHU NAK IKUT AJE APA ORANG LAIN KATA, SENDIRI BILA DITANYA OTAK KOSONG TAK TAHU NAK JAWAB...
1 comment:
Assalam syng daddy,
siapa kata ISA tu patut dimansuhkan sejajar dengan kepentingan rakyat? rasanya marhaen resah gelisah jugak sekiranya akta baru kureng mampu menjaga keamanan negara kerana ada golongan2 yang berkepentingan akan mengambil kesempatan dengan ketiadaan ISA ini...lagi satu..kenapa tak digubal dulu akta baru...kemudian barulah ISA itu dimansuhkan? kira macam pindah rumah..tapi rumah takder...tumpang rumah org lain dulu... kayromsingwalia katalah..hehehe
Post a Comment