Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday 4 September 2011

KAEDAH KEMERDEKAAN MALAYSIA TERBAIK

Kaedah Tunku Abdul Rahman merdekakan negara pilihan terbaik
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kaedah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra memerdekakan negara ini melalui rundingan dengan penjajah Inggeris merupakan cara terbaik berbanding sekiranya bersekongkol dengan pengganas komunis pada waktu itu. Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin berkata, ini kerana kaedah rundingan dengan British menyaksikan Malaysia bebas daripada penjajahan tanpa perlu mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa.

Selain itu, katanya, cara demokrasi yang digunakan oleh Tunku Abdul Rahman bersama ketua masyarakat lain ketika itu membuatkan Malaysia lebih makmur serta pesat membangun berbanding negara Asia Tenggara lain terutama yang mendokong fahaman komunis seperti di Indonesia dan beberapa negara Indo-China. 

“Ketika itu pilihan yang ada hanya sama ada Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia atau kita merdeka sendirian berlandaskan demokrasi Barat atau British. “Jika kita pilih untuk merdeka bersama Indonesia, kita mungkin akan menjadi sebahagian daripada negara jiran itu dan tertekan serta tertinggal ke belakang seperti wilayah Aceh,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dalam satu ceramah pada 21 Ogos lalu yang menganggap komunis sebagai pejuang sebenar kemerdekaan negara serta menyifatkan Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak sebagai ‘alat British.’ Mat Sabu dalam satu majlis di Kota Bharu semalam tetap dengan pendirian itu dan enggan memohon maaf kepada anggota pasukan keselamatan negara. 

Zainudin menambah, sekiranya pejuang kemerdekaan negara mendokong fahaman komunis sewaktu pembentukan negara bangsa dahulu, Malaysia tidak akan berupaya menjalankan sistem demokrasi seperti diamalkan sekarang. “Kalau dari dahulu kita mendokong komunisme, Mat Sabu tidak akan berupaya menjadi pemimpin Pas dan ‘bermain’ dalam sistem demokrasi yang dia nikmati sekarang,” tegasnya.

1 comment:

Anonymous said...

PASRAEL MANE BLEY DI AJAK BERUNDING BROO. NANTI DIORANG KATE KITA PLAK TERHEGEH2 PIPI TERSORONG2. KALAU IKUT CARA DIORANG RUNDING2 NIH X JALAN!. DIORANG TAU GUNA PARANG JEK BRO. MAKLUM LAAA..PUAK TALIBAN! HUHUHU