DARI UTUSAN MALAYSIA 20/9/2011
MANCHESTER - Alex Ferguson berkata, terjahan keras Ashley Cole ke atas Javier Hernandez, merencatkan peluang Man. United untuk menambah jaringan meskipun menang 3-1 ke atas Chelsea, kelmarin.
Gol yang dijaringkan Chris Smalling, Nani dan Wayne Rooney sebagai permulaan baik buat juara bertahan dalam kempen Liga Perdana Inggeris.
United di tangga teratas liga dengan kelebihan dua mata ke atas Man. City, namun Ferguson lebih memberi tumpuan terhadap insiden Cole membentes Hernandez di dalam kotak penalti pada minit ke-79.
Namun insiden itu tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pengadil sebaliknya permainan diteruskan.
Bentesan keras itu menyebabkan penyerang Mexico tersebut mengalami kecederaan yang mungkin menyebabkannya tidak dapat beraksi dua minggu.
"Ia adalah terjahan yang kuat dan saya tidak tahu kenapa pengadil tidak memberikan penalti.
"Kami terpaksa menunggu sehingga pagi kerana ketika ini pahanya kebas. Mungkin dia (Hernandez) tidak dapat beraksi dalam beberapa minggu," kata Ferguson.
Pada aksi kelmarin, Ferguson bimbang dengan hantaran kurang tepat oleh pemain yang banyak memberikan ruangan kepada lawan.
"Kemenangan itu sungguh mengagumkan namun kami melakukan kesilapan yang mungkin memburukkan diri sendiri.
"Pada babak pertama, Chelsea seperti mampu mendapatkan dua atau tiga gol.
"Kita juga banyak mempunyai peluang gol terutama melalui Nani dan Ashley Young yang berada pada posisi selesa untuk mendapatkan jaringan," jelas Ferguson.
Sementara itu, pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memberitahu, pasukannya telah memberikan tekanan yang lebih kepada United pada babak kedua.
"Ini adalah permainan yang sangat mencabar buat kami malah peluang gol juga banyak diperolehi oleh kedua-dua pasukan. - AFP
No comments:
Post a Comment