Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 19 September 2011

Persembahan Alleycats memukau penonton


Oleh ABD. AZIZ ITAR

PERSEMBAHAN memukau David Arumugam ketika menyampaikan lagu popularnya pada konsert Sampaikan Salam Alleycats di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/Mohd. Naim Aziz

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Ketiadaan penyanyi kedua Alleycats, mendiang Loga yang meninggal dunia empat tahun lalu tidak membantutkan Konsert Sampaikan Salam Alleycats yang berlangsung mulai hari ini hingga Ahad ini di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) di sini.

Sebaliknya, konsert anjuran AM Event Management itu tetap meriah apabila kumpulan yang ditubuhkan 43 tahun lalu itu menampilkan pengganti Loga iaitu Glen Salay dan anak perempuan mendiang, Dasha dalam segmen kedua konsert itu, Tribute To Loga.

Menurut vokalis utama Alleycats, Datuk David Arumugam, kemunculan dua penyanyi itu sedikit sebanyak dapat mengembalikan nostalgia peminat Loga pada konsert keduanya yang diadakan di IB yang mengenakan tiket berharga RM65 hingga RM450 itu.

"Glen dan Dasha adalah penyanyi pelapis dalam Alleycats. Segmen Tribute To Loga diharap dapat mengubat rindu peminat. Selain itu, segmen 1Malaysia ini pula saya dedikasikan untuk semua rakyat negara ini sempena Hari Malaysia esok (hari ini)," katanya pada konsert itu semalam.

Keriuhan konsert dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia sebagai media rasmi dan Sinar FM sebagai radio rasmi itu mula kedengaran apabila Alleycats tampil dengan lagu-lagu popular mereka seperti Senyumlah Kuala Lumpur menerusi iringan Orkestra Tradisional Malaysia.

Tambah menghangatkan lagi suasana apabila pada konsert itu, David turut menjemput seorang peminat tegarnya, Mohd. Hatta naik ke pentas bagi menyanyikan lagu Alleycats yang berjudul Setahun Sudah Berlalu dan Andainya Aku Pergi Dulu dengan meniru gaya serta suaranya.

"Kalau macam ini saya pun susah mahu cari makan," katanya sambil disambut hilai ketawa penonton sebelum dia turun ke tempat duduk penonton menyaksikan Mohd. Hatta menyanyi sendirian lagu Andainya Aku Pergi Dulu di atas pentas.

Pada konsert dengan durasi hampir dua jam itu, Alleycats menyampaikan hampir 30 buah lagu antaranya berjudul Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Kerana Kau, Rayuan Di Puncak Genting, Senandung Semalam dan Sampaikan Salam.

Tambah David, bagi menarik perhatian lebih ramai penonton, dia dan Alleycats akan mempelbagaikan lagu-lagu nyanyian mereka pada setiap malam yang mana akan ada lagu-lagu yang mereka persembahkan tidak dibawakan pada malam sebelumnya.

Konsert di bawah pimpinan komposer Eddie Marzuki itu terus mendapat sambutan apabila lebih separuh daripada tiket untuk menyaksikan persembahan kumpulan berasal dari Pulau Pinang itu telah habis dijual. Sebarang pertanyaan berhubung pembelian tiket boleh menghubungi talian 03-40265558.

KOMEN : MESTI MENJADI MALAM NOSTALGIA BAGI PEMINAT ALLEYCATS...

No comments: