Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 15 September 2011

Mat Sabu fail saman fitnah terhadap Utusan Malaysia


DARI UTUSAN MALAYSIA 15/9/2011



KUALA LUMPUR 14 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini memfailkan saman fitnah terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran artikel berhubung isu komunis.

Saman tersebut difailkan oleh firma guaman yang mewakilinya, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi di sini menerusi sistem e-filing.

Hanipa ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan perkara itu bagaimanapun usaha untuk mendapatkan salinan writ saman dan pernyataan tuntutan tersebut gagal.

Namun katanya, tiada jumlah ganti rugi ditetapkan bagi saman itu.

Peguam itu berkata, Mohamad menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan tanpa menetapkan jumlah tertentu sebaliknya menyerahkan ia ditaksirkan oleh mahkamah.

Dalam saman itu, Mohamad selaku plaintif menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu (M) Bhd. selaku penerbit masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Ia ekoran laporan muka depan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu bertajuk: Mohamad Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong, yang didakwanya sebagai fitnah.

Saman itu difailkan berikutan tiga laporan Utusan pada 27 dan 28 Ogos yang didakwa memetiknya melabel Mat Indera sebagai komunis, menuduhnya sebagai 'komunis sebenar dan didakwa mengangkat kezaliman komunis sebagai kemuliaan'.

Laporan muka depan pada 27 Ogos itu memetik ucapan Mohamad di Bukit Gelugor, Pulau Pinang manakala dua laporan sehari selepasnya memetik pemegang Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) Kanang Anak Langkau dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ucapan Mohamad itu turut disiarkan oleh TV3 dan dimuat naik dalam YouTube dan beberapa laman blog.

Portal berita rasmi Pas Harakahdaily melaporkan, Mohamad yang ditemani Hanipa dalam sidang akhbar di Pejabat Agung Pas hari ini berkata, kenyataan fitnah tersebut boleh menjejaskan keselamatannya dan keluarga.

KOMEN : KITA TUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH SIAPA DIPIHAK YANG BENAR... WARIS-WARIS PEJUANG KEMERDEKAAN BILA NAK SAMAN MAT SABU.... KALAU KAT SINGAPURA, MAT SABU NI DAH PAPA KEDANA, MEREMPAT KAT TEPI JALAN...

No comments: