Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 14 September 2011

LAIN YANG DITUNGGU LAIN YANG MENJELMA?


Laporan tuduhan ke atas PDRM siap
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my




Hishammuddin Tun Hussein bermesra dengan Hanif Omar, Norian Mai dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail (dua dari kiri) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, semalam. – BERNAMA

PUTRAJAYA 13 Sept. – Laporan penuh berhubung pelbagai tuduhan terhadap polis semasa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) pada 9 Julai lalu sudah siap dan akan dibentangkan ke Kabinet dalam tempoh terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara yang disiasat selepas Bersih 2.0 beberapa hari lagi.

“Adalah penting orang ramai tahu isu-isu yang sah dan benar semasa pasukan polis menjalankan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

“Dalam hal ini, saya ingatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa jangan kita pilih kasih, apa yang betul adalah betul dan yang salah adalah salah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan bekas Ketua Polis Negara iaitu Tun Hanif Omar dan Tan Sri Norian Mai.

Sebelum ini, PDRM mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bersih untuk menyiasat enam tuduhan terhadap pasukan polis yang menjalankan tugas semasa perhimpunan haram itu.

Kesemua tuduhan disifatkan tohmahan terhadap PDRM itu dilemparkan ke atas anggota dan pegawainya yang didakwa bertindak zalim dan ganas semasa mengawal perhimpunan berkenaan.

Hishammuddin menegaskan, dalam konteks polis, perkara berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) merupakan sesuatu yang perlu mereka pegang dan praktikkan semasa bertugas.

“Kalau ada pihak-pihak yang tidak mengikut prosedur ditetapkan, itu juga mesti didedahkan. Selain itu, tuduhan-tuduhan tidak berasas yang merupakan laporan palsu, tindakan juga perlu diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tindakan terhadap hasil laporan adalah tanggungjawab Pejabat Peguam Negara dan bukannya polis.

Mengulas mengenai pertemuan tersebut, beliau berkata, ia membabitkan perbincangan yang dapat membantu kerajaan melihat kepada kebajikan, struktur dan cara memperkasa PDRM sebagai satu kerjaya yang mempunyai masa depan.

“Kita mahu yakinkan orang ramai tanpa mengira kaum dan agama bahawa profesion polis adalah kedudukan yang cukup penting untuk membina negara bangsa pada masa-masa akan datang,” katanya.

KOMEN : RASANYA TINDAKAN POLIS TERHADAP PERUSUH BERSIH 2.0 TIDAK DIPERTIKAIKAN OLEH RAKYAT PUN... YANG RAKYAT PERTIKAIKAN DAN NANTIKAN APA TINDAKAN YANG AKAN DIKENAKAN KEPADA SEMUA PERUSUH YANG DITAHAN... SAMPAI SEKARANG APA PUN TINDAKAN TIDAK DIAMBIL UMPAMA SEPERTI RUSUHAN BERSIH 2.0 TIDAK PERNAH BERLAKU...

No comments: