Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 8 September 2011

TAKAN NI PUN NAK DIPOLITIKAN?


Kerajaan hormati kebebasan sistem kehakiman - Najib




Najib Tun Razak bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Pesuruhjaya Kehakiman di Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam.
Turut mengiringi Ketua Hakim Negara,Tun Zaki Tun Azmi,Hakim Besar Malaya,Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak,Tan Sri Richard Malanjum.

PUTRAJAYA 7 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan di bawah pentadbiran beliau amat menghormati dan memahami keperluan kebebasan sistem kehakiman di negara ini.

Tegas Perdana Menteri, pihaknya komited kepada pelaksanaan sistem kehakiman yang bebas kerana ia adalah asas utama kepada kejayaan membina mana-mana negara.

"Sebenarnya dalam menimbang untuk membuat lawatan kerja ke Istana Kehakiman ini, saya mengambil sikap berhati-hati supaya tidak timbul sebarang tanggapan atau perspektif negatif mengenai hubungan antara badan eksekutif dan badan kehakiman.

"Jalinan hubungan ini bukan hanya perlu sempurna tetapi ia juga perlu nampak sempurna," katanya ketika berucap sempena melakukan lawatan kerja kali pertamanya ke Istana Kehakiman di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.

Sempena lawatan itu, Perdana Menteri meluangkan masa melawat Istana Kehakiman yang siap dibina pada Julai 2003 dan diduduki sepenuhnya pada November tahun yang sama.

Najib berkata, beliau hanya bersedia melakukan lawatan kerja ke Istana Kehakiman tersebut apabila menerima undangan daripada Zaki sendiri.

Malah, beliau menambah, Zaki sendiri menganggap lawatan itu tidak akan memberi sebarang tanggapan atau perspektif negatif dari masyarakat umum.

"Saya berani buat lawatan ini apabila Ketua Hakim Negara (Zaki) yang mengundang dan beliau menyatakan tidak ada masalah kerana pertemuan seperti ini pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, tujuan lawatan kerja beliau itu untuk meninjau dengan lebih dekat pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh badan kehakiman di negara ini di bawah pimpinan Zaki.

"Melalui pengamatan saya dan juga penerangan oleh Tun Zaki, saya percaya badan kehakiman telah melangkah ke satu tahap yang membanggakan terutama menerusi usaha-usaha yang dilakukan untuk mengurangkan kes-kes tertunggak," katanya.


Kepercayaan rakyat akan terhakis
Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 7 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan masalah kes-kes tertunggak (backlogs) di mahkamah boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dan kerajaan secara keseluruhan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana kes-kes tertunggak yang bukan satu masalah luar biasa kepada mana-mana sistem kehakiman di dunia itu berpunca daripada ketidakcekapan pentadbiran.

‘‘Bagaimanapun, badan kehakiman negara ini telah mengambil langkah bijak dan cepat apabila kes-kes tertunggak di semua mahkamah berjaya dikurangkan kepada hampir 90 peratus dalam masa dua tahun.

‘‘Ia menjadikan hanya tiga per empat daripada seluruh mahkamah di Malaysia yang mempunyai kes-kes semasa iaitu kes yang didaftarkan pada tahun 2010 dan 2011,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan kerja kali pertamanya ke Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.

Antara pembaharuan sistem kehakiman negara yang telah dilaksanakan adalah memperkenalkan sistem teknologi berkomputer dan juga rakaman audio visual dalam mahkamah di seluruh negara, sistem rakaman dan transkripsi mahkamah, sistem e-filing, Mahkamah Dagang Baru dan Mahkamah Khas Rasuah.

Menurut Perdana Menteri, langkah pembaharuan itu telah diiktiraf oleh badan dunia seperti Bank Dunia melalui satu laporan bertajuk Malaysia Court Backlog and Delay Reduction Program: A Progress Report yang diterbitkan pada 5 September lalu.

Malah, beliau juga yakin dan percaya bahawa apa yang dilakukan oleh Badan Kehakiman Negara itu dapat menjadi contoh kepada negara-negara lain.

‘‘Dari sudut itu saya melihat Badan Kehakiman telah bergerak seiring dengan badan dan jabatan kerajaan yang lain dan tidak ditinggalkan dengan arus kemodenan dan kecanggihan teknologi.

‘‘Sehubungan itu, saya berharap agar program transformasi ini dapat diteruskan dengan pelbagai idea dan inovasi baru bagi memantapkan serta mengukuhkan lagi Badan Kehakiman,” katanya.

Dalam ucapan yang sama, Najib berkata, kerajaan kini sedang meneliti cadangan bagi menaik taraf jawatan Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret.

KOMEN : NAJIB JUGA KENA TEGUR KEMENTERIAN DALAM NEGERI(KDN) KERANA BANYAK KES TERTANGGUH YANG MEMBUATKAN RAKYAT MELUAT DENGAN KERAJAAN...

No comments: