Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 15 September 2011

Arifin Zakaria angkat sumpah jawatan Ketua Hakim Negara


DARI UTUSAN MALAYSIA 15/9/2011




TUANKU Mizan Zainal Abidin berkenan bergambar kenangan selepas istiadat menghadap dan pelantikan jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya di Istana Negara, semalam. Turut sama dari kiri, Zulkefli Ahmad Makinudin, Abdul Ghani Patail, Mohamed Nazri Aziz, Najib Tun Razak, Arifin Zakaria, Mohd. Sidek Hassan, Md. Raus Sharif dan Richard Malanjum. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Tan Sri Arifin Zakaria hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang bersara wajib pada 9 September lepas.

Arifin menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Hadir sama, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Hakim Besar Sabah & Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Selain Arifin, Tan Sri Md. Raus Sharif turut mengangkat sumpah dan menerima surat cara pelantikan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula dikurniakan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya. - BERNAMA


Misi Ketua Hakim Negara yang baru

PUTRAJAYA 14 Sept. - Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Arifin Zakaria berikrar meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai oleh badan kehakiman selain memantapkan pembaharuan sedia ada demi meningkatkan sistem penyampaian dan pelaksanaan keadilan di negara ini.

Dalam misinya selaku Ketua Hakim Negara ke-13, beliau menggariskan beberapa langkah yang diberi penekanan antaranya menjadikan mediasi sebagai komponen teras iaitu perbicaraan merupakan pilihan terakhir bagi menyelesaikan kes.

Melalui ucapan sulungnya, Arifin menjelaskan, mediasi tidak memerlukan kes-kes dibicarakan dan sebarang pertikaian dapat diselesaikan dengan lebih cepat dengan kadar kos yang rendah, selain kes yang diselesaikan adalah muktamad dan tidak akan dirayu.

Menurut Ketua Hakim Negara, pihaknya akan melaksanakan latihan perundangan kepada hakim-hakim dan pegawai kehakiman secara berterusan, bukan secara ad-hoc dan tidak terancang seperti yang dipraktikkan kini.

Justeru, beliau menyatakan, satu badan khas akan ditubuhkan di bawah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) bagi melatih para hakim dan pegawai kehakiman bertujuan menjadikan mereka hakim yang berkaliber.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelantikannya selaku pegawai tertinggi kehakiman di Istana Kehakiman di sini hari ini.

KOMEN : TAHNIAH UNTUK SEMUA

No comments: