Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 5 September 2011

BILA HATI BUSUK


Kematian Noramfaizul: Dr. M tegur sikap pembangkang




KUALA LUMPUR 4 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kesal dengan sikap segelintir pemimpin pembangkang yang cuba menyalahkan UMNO ekoran kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor akibat terkena tembakan curi di Somalia kelmarin.

Katanya, ini terbukti apabila para pemimpin pembangkang tidak menghargai pemergian Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia itu sebaliknya mencari kesalahan pihak penganjur.

“Orang bila dia hati busuk, tidak ada pun kebaikan yang kita buat akan dapat balasan baik daripada orang yang hati busuk ini.

“Itulah parti lawan, memang mempunyai hati busuk,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr. Mahathir diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin pembangkang serta portal propembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang cenderung menyalahkan penganjur iaitu Kelab Putera 1Malaysia di bawah UMNO akibat kematian Noramfaizul itu.

Sebagai contoh, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya semalam menyiarkan tulisan Blackhawk bertajuk Misi Perubatan UMNO di Somalia: Tulen atau publisiti murahan?.

Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pula dalam satu mesej twitter menyebut Dia tidak mahu dipersalahkan sambil merujuk kepada komen Najib yang meminta media tidak mencari kesalahan dalam insiden tersebut.

KOMEN : BIASALAH PUAK PEMBANGKANG NI. KEBAIKAN ORANG TAK DIHARGAI... SEDANGKAN PUAK MEREKA TU SATU KEBAIKAN PUN TAK PERNAH DIBUAT...YANG ADA HANYA BERPOLITIK DAN TABUR FITNAH... KALAU DAH HATI BUSUK, MULUT MACAM JAMBAN BUSUKNYA...

No comments: