Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 26 September 2011

AG gubal dua akta baru


HISHAMMUDDIN Tun Hussein beramah mesra dengan bekas polis pada Majlis Hari Raya Kementerian Dalam Negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Dua undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 hanya akan diumumkan selepas Jabatan Peguam Negara (AG) selesai menggubal undang-undang itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dua akta baru itu akan diumumkan oleh Peguam Negara sebelum dibentangkan di Parlimen.

Katanya, pada peringkat ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi maklumat dalam konteks keselamatan negara.

“Maklumat (keselamatan) kepada AG itu disampaikan oleh PDRM menerusi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam.

“Kita tunggu AG yang akan mengumumkan sendiri akta baru itu nanti,” katanya pada sidang akhbar di Rumah Terbuka KDN di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Hishammuddin menafikan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan ISA pada 16 September lalu itu bersifat retorik, sebaliknya dilakukan berlandaskan transformasi untuk membangunkan negara ini.

“Apa yang kita lakukan tidak sesekali akan menjejaskan keselamatan, ketenteraman dan keharmonian yang wujud sejak merdeka lagi.

“Tetapi perubahan yang kita lakukan ini adalah untuk mengimbangi kepentingan dan keselamatan negara dengan hak asasi serta individu setiap masyarakat di negara ini.

“Oleh itu, setiap pertimbangan yang dilakukan perlu dikaji dengan teliti dan bukan KDN sahaja terlibat sebaliknya Kementerian Penerangan serta Jabatan Perdana Menteri juga memainkan peranan,” katanya.

Ujar beliau, Jemaah Menteri menyokong langkah diumumkan Perdana Menteri dan tiada muslihat mahupun agenda di sebaliknya, melainkan perancangan membawa Malaysia ke hadapan.

KOMEN : NAK KATA APA LAGI... KITA TUNGGU APA DIA 2 AKTA BARU ITU... SEMOGA IA LEBIH BAIK DARI AKTA ISA....

No comments: