Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 8 September 2011

Laporan Malaysian Insider tak betul


Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my





Reaksi Zaki Azmi (kanan) dan Arifin Zakaria ketika sidang akhbar pada Persidangan Tahunan Majlis Hakim-Hakim Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi hari ini menyangkal laporan portal berita propembangkang, The Malaysian Insider mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Istana Kehakiman sebagai tanda campur tangan politik dalam badan kehakiman negara.

Zaki berkata, hakim-hakim kanan yang lebih lama dalam perkhidmatan seperti Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum juga sependapat bahawa lawatan itu bukanlah satu ‘campur tangan politik’ seperti yang didakwa.

Menurut beliau, Perdana Menteri sebelum ini, termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menghadiri dialog dengan badan kehakiman dalam usaha menambah baik sistem pentadbiran kehakiman negara.

Katanya, kerajaan bertanggungjawab dalam soal pentadbiran contohnya membiayai pembinaan dan penyelenggaraan bangunan mahkamah serta kelengkapan sistem Transkripsi Rakaman Mahkamah (CRT).

“Perdana Menteri adalah ketua badan kehakiman bagi tujuan pentadbiran terutama dalam soal peruntukan kerana beliau akan mewakili kami di Parlimen. Ia adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.

“Selama ini, beliau (Najib) sentiasa menjarakkan hubungan dengan pihak hakim tetapi kini, mungkin memikirkan bahawa saya akan bersara tidak lama lagi, maka dia sudi melawat kami. Itu sahaja.

“Kerajaan membelanjakan banyak wang bagi memantapkan badan kehakiman. Bukankah sesuatu yang wajar untuk beliau memastikan bagaimana peruntukan itu dibelanjakan? Adakah kami akan terpengaruh dengan hanya minum teh bersama Perdana Menteri?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan The Malaysian Insider bertajuk PM tea’s with judges implies political tempering, say legal eagles pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Tahunan Majlis Hakim-Hakim Malaysia 2011 di sini, hari ini.

Zaki turut mempersoalkan kenyataan bekas Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath yang mendakwa bahawa sesi bergambar hakim bersama Najib akan memburukkan imej badan kehakiman berkenaan sebagai sebuah badan bebas.

“Adakah salah bergambar? Saya mengambil gambar bersama Najib setiap kali kami bersama-sama menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara atau ketika bertemu majlis berbuka puasa rasmi.

“Adakah ini membuatkan saya menjadi kurang bebas? Sedangkan saya tidak menghadiri mana-mana majlis politik atau yang berbau politik.

“Najib sebelum ini tidak pernah melawat kami di Istana Kehakiman sehingga ada hakim berasa kecewa apabila ketua kerajaan tidak datang melawat,” tegasnya.

Menurut Zaki, pertemuan minum petang itu bukan sesuatu yang dirancang sebagai satu acara dalam persidangan tahunan Majlis Hakim kali ini, tetapi mereka hanya dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mahu melawat Istana Kehakiman pada minggu lalu.

Sementara itu, beliau berkata, kemajuan yang dikecapi badan kehakiman negara hari ini adalah hasil sumbangan semua warga badan kehakiman terdiri daripada hakim-hakim dan staf sokongan badan tersebut.

Zaki berkata, semua itu dicapai hasil kerjasama semua pihak dalam badan tersebut sebagai sebuah pasukan.

“Walaupun mungkin ramai menyangka idea-idea pembaharuan dan inovasi yang dibuat adalah idea peribadi saya, namun ia tidak benar.

“Idea itu datang daripada hakim pengurusan lain. Kami memikirkan bersama bagaimana untuk menambah baik badan kehakiman dan hasilnya telah berjaya membawa kemajuan yang besar,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Bank Dunia dalam laporannya dua hari lalu, mengakui keberkesanan sistem kehakiman negara ini dalam mengurangkan kes tertunggak, sekali gus boleh dicontohi negara lain.

KOMEN : KALAU DAH SECARA TERANG MENYOKONG PEMBANGKANG... APA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN DAN PM SEMUANYA TAK KENA... KALAU DAH SEMUANYA NAK DIPOLITIKAN... APA PUN TAK BOLEH DILAKUKAN... MEREKA KENA INGAT PM TETAP KETUA KERAJAAN... MAJLIS PEGUAM NI TAK BOLEH PAKAI... ORANG YANG LAKUKAN BANYAK KESALAHAN MASIH TERUS DISOKONG... APA YANG KERAJAAN BUAT SEMUA TAK BETUL...

No comments: