DARI UTUSAN MALAYSIA 18/9/2011
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan sesetengah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang nampaknya tidak begitu bermaya sejak kebelakangan ini supaya cergas semula dan turun ke padang untuk menghadapi dan membantu rakyat.
Tanpa menamakan mereka, beliau berkata, parti-parti itu harus meyakinkan diri bahawa mereka mempunyai kemungkinan akan terus berjaya supaya BN akan menjadi suatu formidable force atau kuasa yang kuat bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
"Kalau ada sesuatu yang tidak disenangi oleh rakyat, ambil tahu, turun ke padang... dan kalau kita boleh bantu, kita bantu," kata beliau apabila memberi pendapat dalam rancangan Bicara Negarawan terbitan RTM malam semalam.
Anggota panel dalam rancangan khas itu yang diatur oleh Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terdiri daripada Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr. Jeniri Amir, Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan, Datuk Zaini Hassan dan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong.
Dr. Mahathir juga meminta kepimpinan dan anggota parti komponen BN supaya menitikberatkan kerjasama antara kaum.
"Kita harus ingat kepada diri kita bahawa selama 54 tahun kebelakangan ini, kita bekerjasama melalui kerajaan campuran dan kerajaan campuran inilah yang membawa kepada kejayaan Malaysia yang jauh lebih (baik) daripada kerajaan-kerajaan yang lain.
"Sebab itu kita harus tidak menolak sistem yang memberi nikmat banyak kepada kita untuk memilih sesuatu yang kita belum tahu. Ini seperti dalam pepatah bahasa Inggeris 'It's better to choose the devil you know than the angel that you don't know'.
"Kononnya kalau kita kata tukar macam ini, kita akan jadi lebih maju. Tapi saya nampak keadaan sekarang (di sesetengah tempat) sudah tak maju kerana sudah ada pertukaran dari segi pemikiran bahawa kita harus bebas, kita harus tegur, kita harus mengadakan demonstrasi. Apakah ini akan dapat menjayakan negara kita ini ataupun konsep kerjasama antara kaum yang di bawah Parti Perikatan dahulu dan sekarang Barisan Nasional?," tanya beliau.
Dr. Mahathir juga menasihatkan parti komponen BN yang ingin mengatasi masalah rakyat supaya tidak bertindak dengan cara memenuhi apa saja yang diminta oleh puak ekstremis. - bernama
Tetapi sebaliknya, kalau perlu, mereka harus menjawab kepada puak tersebut.
"Kalau kita cuma kata kita tidak boleh nak lawan dengan puak ekstremis, maka kita akan kalah pada peringkat awal-awal lagi," kata beliau. - BERNAMA

KOMEN : TIDURLAH LAGI... DULU KALAH TERUK TAPI PERASAN MEREKA MASIH DAPAT SOKONGAN KAUM MEREKA... WALAUPUN KALAH DILANTIK JADI MENTERI... TAPI SEMUA PAKAT-PAKAT PILIH KONSEP PLAYSAFE, YANG TERUK NAK MENJAWAB UMNO JUGA...'It's better to choose the devil you know than the angel that you don't know'.
No comments:
Post a Comment