Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 9 September 2011

SULTAN YANG BERTITAH, UMNO JUGA YANG SALAH...


Khalid tidak dibenar ceramah di masjid, surau di Selangor


SHAH ALAM 8 Sept. - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) secara rasmi mengeluarkan arahan kepada nazir-nazir masjid serta pengerusi surau supaya tidak membenarkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengadakan ceramah, mengajar, memberikan tazkirah serta berkhutbah di masjid dan surau di seluruh negeri ini.

Arahan itu dikeluarkan oleh Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa menerusi satu kenyataan di sini hari ini yang menyatakan bahawa Khalid tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor.

Menurutnya, arahan itu dibuat berlandaskan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, menyatakan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan.

Jelasnya, berdasarkan seksyen tersebut, apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

''Justeru, YB (Yang Berhormat) Khalid Abdul Samad tidak boleh membuat apa-apa penyampaian agama termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah atau apa-apa pengisian agama di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Selangor ekoran ketiadaan tauliah daripada MAIS.

''MAIS dengan ini mengingatkan dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor supaya tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang untuk YB Khalid Samad atau mana-mana ahli politik untuk memberikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah MAIS yang masih berkuatkuasa (sah)," katanya.

Mohamad Adzib turut menyatakan, MAIS juga menolak rayuan Khalid sebelum ini berhubung penarikan balik tauliah dalam satu keputusan yang telah dibuat melalui Jawatankuasa Tauliah MAIS Bilangan 3/2011 yang telah bersidang pada 23 Jun lalu.

Menurutnya, penolakan rayuan tersebut diputuskan selaras dengan perkenan Sultan Selangor yang juga Ketua Agama Islam Negeri untuk tidak memberikan tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutamanya di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor.

Selasa lalu, Khalid dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memberikan keterangan berhubung siasatan atas dakwaan mengadakan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang bulan lalu.

Bagaimanapun semalam, Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II Selangor menyerang pihak berkuasa agama itu menguatkuasakan enakmen tersebut terhadapnya apabila mengaitkannya dengan UMNO.

Sambil menyatakan tauliah penceramah tidak perlu, beliau menyatakan JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas apabila menuduh para pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 itu mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO untuk kepentingan politik.

KOMEN : DIA TAK BOLEH NAK MARAHKAN SULTAN SELANGOR, DIA TUDUH MAIS DAN UMNO BERKONSPIRASI... KALAU DAH TAK ADA LATARBELAKANG PENDIDIKAN AGAMA MACAMANA NAK DIBERI TAULIAH MENGAJAR AGAMA... ITU YANG TIMBUL KES QASAF SEBELUM SEMBAHYANG JUMAAT TU... SULTAN BERTITAH TIADA TAULIAH UNTUK AHLI POLITIK MENGAJAR AGAMA KERANA... SENDIRI TAHUKAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN...

No comments: