Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 5 September 2011

MAAF CAKAPLAH BUKAN KELIRU TAPI BODOH


Mat Sabu keliru perjuangan PKM - Zulhasnan



KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang didakwa mempertahankan gerakan komunis sebagai perjuangan menuntut kemerdekaan negara mengelirukan kerana ia tidak berdasarkan sejarah pejuang kemerdekaan negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, pemimpin Pas itu mungkin juga terkeliru mengenai perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) sewaktu pemberontakan bersenjata yang dipimpin oleh Chin Peng pada tahun 50-an sehingga berlakunya darurat.

"PKM sebenarnya memperjuangkan penubuhan sebuah negara komunis dan bukannya kemerdekaan sebenar yang dikecapi oleh rakyat kita pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, biarpun PKM berjuang untuk membebaskan negara daripada British, tetapi ia hanya untuk membangunkan sebuah negara komunis.

"Itulah perjuangan sebenar PKM. Malangnya ada di kalangan rakyat pada waktu itu termasuk orang Melayu terpedaya dengan janji komunis untuk membebaskan negara dan seterusnya menyertai perjuangan komunis. Hakikatnya pembebasan penjajahan yang dijanjikan hanyalah satu bentuk ilusi yang mengaburi mata rakyat.

"Adakah Mohamad Sabu cuba menghalalkan perjuangan PKM dengan mengaitkan pembabitan orang Melayu dalam perjuangan parti tersebut dengan mengiyakan kekejaman, pembunuhan dan pelbagai jenayah lain yang dilakukan oleh komunis semasa berlakunya darurat?" katanya.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, penglibatan orang Melayu di dalam PKM tidak wajar dieksploitasi hanya untuk meraih sokongan sesetengah pihak demi kepentingan peribadi.

"Kebebasan yang kita inginkan adalah kebebasan menentukan masa depan kita sendiri dengan pengupayaan rakyat untuk membangun bersama.

"Jika perjuangan PKM berjaya pada waktu itu adakah institusi demokrasi berparlimen akan wujud? Malah kebebasan berpolitik seperti Mohamad Sabu yang bebas ini sudah pasti tidak wujud jika berada di bawah pemerintahan komunis," jelasnya.

Zulhasnan berkata, tindakan menuduh anggota pasukan keselamatan ketika itu sebagai orang suruhan British juga adalah tidak adil.

"Pendekatan cetek Mohamad Sabu mengaitkan pihak polis dengan kerajaan British pada waktu itu sama seperti menyatakan pengorbanan Leftenan Adnan dan anggota tentera menentang kemaraan tentera Jepun hanyalah sia-sia kerana sebenarnya bekerja untuk penjajah British," katanya.

KOMEN : MANA ADA DIA KELIRU, TAPI SEBENARNYA DIA BODOH, NAK MENJOLOK SARANG TEMBUANLAH TU... ORANG GILA AJE YANG AKAN KATA KOMUNIS TU PEJUANG BANGSA... TAK SEDAR TULAH DIA PEJUANG BANGSA CINA UNTUK SEBUAH NEGARA KOMUNIS... SUDAH-SUDAHLAH ORANG PAS, BERFIKIRLAH BIJAK SIKIT DARI MAT SABU YANG MEMANG DAH SAKIT KRONIK SEBAB HARI- HARI HIDUP BERBOHONG DAN TABUR FITNAH... MACAM ORANG TAK PERNAH SEKOLAH...

No comments: