Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 26 September 2011

DAP DIHASUT OLEH UMNO


Jika hudud dilaksana, pemimpin DAP letak jawatan
DARI UTUSAN MALAYSIA 26/9/2011




KUALA LUMPUR 25 Sept. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.

“Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama.

“Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, isu berkenaan akan dibincangkan di kalangan pemimpin pembangkang itu pada mesyuarat bulanan mereka di Ibu Pejabat Pas di sini yang dijadualkan bermula pukul 8 malam.

“Mesyuarat itu pada mulanya untuk membincangkan Bajet Pakatan 2012, tetapi oleh kerana ada isu lain yang perlu diberi tumpuan, adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkannya pada mesyuarat tersebut,” katanya di sini, hari ini.

KOMEN : PEDULI APA DENGAN TINDAKAN PUAK PEMBANGKANG NI... SEBENARNYA PERKARA INI TIDAK MENJADI ISU APA PUN... MEREKA TETAP AKAN BERDRAMA SEHINGGA SAMPAINYA PRU 13... DAH 20 TAHUN MASALAH HUDUH PAS TIDAK DISELESAIKAN OLEH NIK AZIZ... TETIBA TIMBUL SEMULA BILA PRU 13 SEMAKIN HAMPIR... SENDIRI LUDAH SENDIRI JUGA YANG MENJILAT...

No comments: