Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 8 September 2011

ISU MURTAD DI JOHOR PULA..


MAINJ siasat kegiatan murtadkan umat Islam




JOHOR BAHRU 7 Sept. - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sedang mengumpul maklumat mengenai kegiatan sebuah gereja radikal dari Singapura yang didakwa mula menjalankan dakwahnya bagi memurtadkan umat Islam di bandar raya ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Zainal Abidin Othman berkata, beliau telah mengarahkan pegawai Bahagian Penyelidikan MAINJ mendapatkan maklumat terperinci mengenai kegiatan tersebut yang mempunyai misi untuk melakukan kerja-kerja dakwah, khususnya kepada umat Islam di negeri ini.

"Kolumnis Cuit iaitu Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan sedikit sebanyak memberikan maklumat dan kita akan mengadakan siasatan secara terperinci dan akan mengambil tindakan sewajarnya sebelum ia mencetuskan satu suasana tidak diingini," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau berkata demikian sebagai mengulas tulisan Zaini dalam kolum Cuit hari ini yang menyatakan menerima sepucuk surat yang dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan beliau yang bertajuk 'Gereja baru di JB untuk memurtadkan orang Islam.'

No comments: