Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 6 April 2012

Usul larang lesbian, gay, biseksual jadi Ahli Dewan Rakyat


DARI UTUSAN MALAYSIA
5/4/2012



KUALA LUMPUR 4 April - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim akan membawa usul di Dewan Rakyat minggu depan bagi melarang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada menjadi ahli Dewan Rakyat serta Dewan Negara.

Menurut Zahrain yang mewakili Konsensus Bebas, usul itu perlu dibawa kerana gaya hidup LGBT adalah dilarang di negara ini dan aspek agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini perlu dipelihara.

"Kalau layak menjadi ahli Dewan Rakyat, ia bermakna individu itu layak menjadi Perdana Menteri, kita tidak mahu Perdana Menteri kita pusing satu dunia dengan pasangannya yang sama jenis, ini akan memberi impak buruk kepada negara.

"Saya sedang mengarang usul mengenai perkara ini dan mungkin pada Isnin depan saya akan bentangkan di dewan dengan izin daripada Speaker Dewan Rakyat," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Zahrain, usul bagi menghalang golongan LGBT daripada menjadi Ahli Parlimen itu perlu dibawa bagi memelihara generasi masa depan negara.

"Ini adalah tanggungjawab saya sebagai ahli Dewan Rakyat dan terpulang kepada Speaker untuk membenarkannya, saya berharap usul ini akan diluluskan dengan persetujuan bukan sahaja daripada penyokong kerajaan tetapi juga daripada pihak pembangkang," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk S. Nallakaruppan, beliau mahu melihat kes tersebut disegerakan bagi menyelesaikan segala keraguan masyarakat.

"Saya dengar ada ura-ura Anwar akan melambatkan kes saman ini, saya tidak terkejut kerana ini taktik yang selalu digunakan dan mungkin nanti ada fatwa daripada mana-mana ulama untuk dia (Anwar) tarik balik saman ini," katanya.

Saman Anwar terhadap Nallakaruppan itu adalah berikutanlaporan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk: Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla bertarikh 20 Mac lalu.

No comments: