Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 24 April 2012

Lagi program khusus golongan muda


 Oleh KAMIL MASLIH

MUHYIDDIN Yassin bersama Khairy Jamaluddin dan Rosnah Rashid Shirlin mengibarkan bendera Barisan Nasional pada Program BN Pilihan Orang Muda peringkat Wilayah Persekutuan di Institut Latihan DBKL, Cheras, semalam.

KUALA LUMPUR 22 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan beberapa lagi program khusus untuk golongan muda sekali gus bakal membolehkan generasi itu menikmati ‘durian runtuh’ hasil program berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya memenuhi citarasa generasi muda dan program ‘sentuhan hati’ tersebut akan melengkapkan lagi pelbagai program transformasi yang telah diperkenalkan.

“Saya telah diberitahu oleh Perdana Menteri, tidak beberapa lama lagi akan ada banyak lagi program touch point baru yang akan menyentuh soal anak-anak muda di negara ini, sama-sama kita berdoa, suatu pengumuman akan dibuat Perdana Menteri pada waktu terdekat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program BN Pilihan Orang Muda peringkat Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Hadir sama pada program yang menghimpunkan lebih 5,000 orang golongan muda itu adalah Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin; Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Menurut Muhyiddin, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengambil kira suara orang muda dan pelbagai kepentingan golongan itu terkandung di dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah dilaksanakan. Katanya lagi, berbanding pakatan pembangkang yang hanya tahu memberi janji kosong di beberapa negeri yang dikuasai mereka, kerajaan BN sentiasa memenuhi janji yang diberikan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di samping bantuan persekolahan serta bantuan biasiswa kepada golongan muda.

“Sudah banyak perubahan dilakukan termasuk pindaan Akta Universiti dan Kolej yang telah dibentangkan dan diluluskan, selain itu, kita juga memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan menggantikannya dengan akta baru, ini semua sesuai dengan citarasa anak-anak muda.

“Tidak terhenti dengan itu, Perdana Menteri telah mengadakan program transformasi luar bandar dan beberapa inisiatif baru yang lain, selain itu, Dasar Belia Negara juga telah diperkenalkan kerana kita mengiktiraf suara orang muda,” katanya.

Dalam ucapannya, Muhyiddin turut mengingatkan golongan muda agar tidak terpedaya dengan tohmahan dan pembohongan pakatan pembangkang kerana perkara tersebut bila-bila masa boleh meruntuh dan menjahanamkan negara.

“Fakta tentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diputar belit sehingga anak muda diajak pergi berhimpun di Dataran Merdeka, sudah beberapa hari saya mengikuti perkara ini dan tiada sambutan daripada orang ramai pun, malu muka mereka kerana ditipu pembangkang,” katanya.

Katanya lagi, pakatan pembangkang juga mempersoalkan hak kebebasan di negara ini sehingga sanggup membawa agenda gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta seks bebas yang amat bertentangan dengan nilai etika, budaya dan agama di negara ini.

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG ADA KE PROGRAM MACAM NI?... PROGRAM YANG NAK MENJAHANAMKAN NEGARA ADALAH KOT... MACAM PROGRAM BUDAK MALAS BELAJAR KAT DATARAN MERDEKA TU DAN COMING SOON PROGRAM BERSIH YANG BERSERABUT TU....  LANYAK AJE KALAU DEGIL SANGAT... 

1 comment:

Mummy Sher said...

salam kenal.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D