DARI UTUSAN MALAYSIA
26/4/2012
KUALA LUMPUR 25 April - Kira-kira 1.4 juta kakitangan kerajaan hari
ini mula menikmati gaji baru mereka di bawah Sistem Saraan Malaysia
(SSM) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
pada 8 Mac lalu.
Gaji yang diterima melibatkan peningkatan di antara tujuh hingga 13
peratus mengikut gred masing-masing selepas pemansuhan Saraan Baru
Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mengundang bantahan banyak pihak,
antaranya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS).
Selain penerimaan gaji berdasarkan pelarasan yang terbaru itu, penjawat awam turut menerima tunggakan gaji sejak Januari lalu.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, gaji baru itu membuktikan
kerajaan sedia ada sememangnya mendengar keluhan masyarakat dan
mengambil tindakan dalam memastikan kesejahteraan mereka terbela.
“Penjawat awam diharap dapat memanfaatkan apa yang mereka nikmati
kini, di samping mempertingkatkan mutu kerja selari dengan proses
transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan.
“Langkah itu adalah demi menunjukkan tanda terima kasih kepada
Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mendengar
keluhan penjawat awam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian berhubung kakitangan kerajaan yang mula menerima gaji baru berdasarkan pelarasan SSM, hari ini. Katanya lagi, kakitangan kerajaan diingatkan untuk memperbaiki imej mereka di mata masyarakat dan bukannya berada di tahap lama.
“Mereka perlu membuktikan bahawa mereka layak menerima pelarasan gaji
tersebut apatah lagi setelah kerajaan menunaikan janji mereka.
“Saya juga berharap dengan adanya peningkatan ini, kegiatan rasuah di kalangan penjawat awam dapat dihapuskan," tambahnya.
KOMEN : SYUKUR ALHAMDULILLAH... AMIN...
1 comment:
muzik tu tak payah la..nak baca artikel jer..
Post a Comment