Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 4 April 2012

PARLIMEN : PSC - 22 syor lulus


Oleh Norfatimah Ahmad, Shaarani Ismail dan Norakmah Mat Youb
bhnews@bharian.com.my
2012/04/04




Dewan Rakyat terima laporan penambahbaikan proses pilihan raya tanpa bahas

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan 22 cadangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa dibahaskan berikutan kekecohan yang ditimbulkan wakil pembangkang kerana tidak berpuashati laporan minoriti yang mereka kemukakan tidak dimasukkan dalam laporan itu. Keputusan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan SriPandikar Amin Mulia selepas usaha menenangkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang gagal.

Ketika membuat keputusan itu, beliau berkata di bawah Peraturan Mesyuarat 43, keputusan Speaker tidak boleh dipersoalkan, manakala Peraturan Mesyuarat 44 membolehkannya mengambil tindakan terhadap ahli yang ingkar dan melengahkan majlis.


Beliau kemudian mengarahkan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) keluar Dewan kerana terus mempertikaikan keputusan beliau menolak usul Loke Siew Fook (DAP-Rasah) supaya laporan minoriti dilampirkan dalam laporan akhir jawatankuasa itu.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu diarahkan keluar kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 42 yang meminta supaya Ahli Parlimen diam ketika Speaker bercakap.

Terdahulu, laporan setebal 79 halaman itu dibentangkan oleh Pengerusi PSC, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sejurus sesi soal jawab tamat jam 11.30 pagi. Antara disyorkan adalah kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara mengundi di pejabat perwakilan Malaysia atau secara pos, pembubaran Parlimen hanya selepas empat tahun pilihan raya umum, tempoh berkempen tidak kurang 10 hari, penubuhan pasukan penguat kuasa khas SPR, pertukaran alamat pengundi dan memberi keutamaan pembersihan daftar pemilih.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi berkata laporan itu akan diserahkan kepada kerajaan untuk pelaksanaan dan dibentangkan untuk dipersetujui di peringkat Dewan Negara.

Katanya, pihak berkaitan, seperti SPR pula kini boleh mula mempertimbangkan pelaksanaan penambahbaikan, manakala Peguam Negara pula boleh mula merangka draf rang undang-undang membabitkan sebarang peruntukan baru atau pindaan Perlembagaan.

Kekecohan bermula selepas Pandikar Amin membuka sesi perbahasan kepada ahli Dewan dengan memberi laluan kepada Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) membincangkan laporan PSC. Bagaimanapun, belum sempat Bung Mokhtar memulakan perbahasan, Loke bangun mencelah menggunakan Peraturan Mesyuarat Dewan mempersoalkan dan meminta penjelasan mengapa usul memasukkan laporan minoriti ditolak.

Berikutan itu, kekecohan tercetus di kalangan penyokong kerajaan dan pembangkang sehingga memaksa Pandikar memberikan penjelasan bahawa lampiran laporan minoriti tidak dibentangkan kerana ia telah ditolak secara demokratik oleh jawatankuasa menerusi undi belah bahagi.

"Cadangan ahli jawatankuasa pembangkang masing-masing dari Rasah, Gombak dan Kuala Krai untuk memasukkan laporan minoriti itu ditolak sebahagian besar jawatankuasa," katanya.

Pandikar Amin kemudian menangguhkan perbahasan kira-kira jam 12.30 tengah hari bagi meredakan kekecohan sebelum disambung pada jam 2.30 petang. Bagaimanapun, sejurus perbahasan disambung, berlaku semula kekecohan apabila Sivarasa bangun mencelah ketika Bung Mokhtar mahu menyambung perbahasan hingga menimbulkan kemarahan penyokong kerajaan.

Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee yang ketika itu mempengerusikan persidangan mengingatkan Sivarasa supaya menggunapakai keputusan Pandikar Amin sebelum itu supaya meneruskan perbahasan tanpa membangkitkan peraturan dewan.

Keadaan bertambah kecoh apabila Dr Dzulkefly dan Mohamed Azmin Ali serta beberapa ahli pembangkang bangun mempertikai keputusan yang ditetapkan Pandikar itu. Ronald kemudian memberikan laluan kepada Mohamed Azmin untuk mencelah, tetapi beliau pula memperlekehkan Pandikar dengan menyebut ‘Speaker Kampung’ sehingga menimbulkan kemarahan penyokong kerajaan.

Pandikar Amin yang ketika itu berada di luar Dewan kembali mengendalikan mesyuarat dan dengan tegas meminta semua Ahli Parlimen menghormati Dewan dan sesi perbahasan dengan membacakan Perintah Tetap 42, 43 dan 44 Dewan Rakyat serta mengarahkan Mohamed Azmin, Sivarasa dan Dr Dzulkefly keluar dewan.

KOMEN : APA LAGI, TAKAN NAK DIJADIKAN ALASAN APABILA MEREKA KALAH NANTI....?

No comments: