Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 24 April 2012

Sultan Selangor berangkat saksi konsert Jazztified UiTM



DARI UTUSAN MALAYSIA
23/4/2012




SHAH ALAM 22 April - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menyaksikan konsert Jazztified di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini malam tadi.

Konsert jazz yang bermula pukul 8.30 malam itu dianjurkan oleh Fakulti Muzik dan Jabatan Komunikasi Korporat UiTM Shah Alam sempena dengan pengisytiharan Hari Jazz Antarabangsa Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) setiap 30 April.

Turut hadir Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin dan orang-orang kenamaan lain.
Artis-artis jazz yang membuat persembahan pada konsert tersebut ialah Michel Veerapan, Zailan Razak, Azhar Sharif, Patrick Terbrack dan Hanafie Mohd. Imam yang menerajui Kumpulan Jazz ternama Malaysia, Rasia Ensemble.

Rasia Ensemble mengalunkan lagu medley Melayu termasuk lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh biduanita negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma seperti Kalau Berasmara dan Ketipang Payung.

No comments: