Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 16 April 2012

DAH PINJAM BAYARLAH...

Kerajaan tanggung sehingga 95% yuran pengajian IPTA
DARI UTUSAN MALAYSIA
15/4/2012




Muhyiddin Yassin merasmikan Majlis Malam Sejuta Harapan dan Makan Malam Perdana Himpunan Siswazah Kelantan 1Malaysia di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, malam tadi. Turut hadir Mustapa Mohamed, Dr. Awang Adek Hussin dan Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (kiri). - BERNAMA

SHAH ALAM 14 April - Kerajaan menanggung yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini antara 85 hingga 95 peratus bagi meringankan beban rakyat yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun pelajar masih perlu membayar yuran pengajian namun jumlahnya tidak lagi membebankan terutama mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.

Sebagai contoh, katanya, pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM9,000 berbanding kos sebenar iaitu RM166,000.

"Ini bermakna pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak 5.2 peratus sahaja dan selebihnya iaitu 94.6 peratus ditanggung kerajaan.

"Bagi jurusan kejuruteraan di UKM pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM5,600 berbanding kos sebenar iaitu RM61,200 dan ini bermakna mereka hanya perlu membayar 9.2 peratus sahaja manakala selebihnya ditanggung kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perdana Siswazah Kelantan 1Malaysia di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, malam ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak), Mohd. Faizal Daud.

Menurut Muhyiddin, kerajaan juga menanggung pembiayaan kadar faedah sehingga lima peratus daripada institusi kewangan bagi menampung pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Dari tahun 2004 hingga 2011, kerajaan menanggung pembelanjaan sebanyak RM3.62 bilion untuk membayar kadar faedah yang dikenakan oleh institusi kewangan tersebut.

"Untuk tahun 2012 sahaja, kerajaan membayar kadar faedah sebanyak RM1.09 bilion kepada institusi kewangan," ujarnya.

Muhyiddin berkata, pada 1997, hanya 26,000 pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi tetapi jumlah itu meningkat kepada 900 peratus atau sembilan kali ganda selepas PTPTN diperkenalkan.

"Melalui pinjaman PTPTN itu juga hanya 15 hingga 30 peratus sahaja digunakan untuk membayar yuran pengajian manakala selebihnya iaitu 70 hingga 85 peratus lagi digunakan untuk kos sara hidup," jelasnya.

KOMEN : YANG MENGAKU DIRI MAHASISWA PUN KENA TIPU DENGAN PUAK PEMBANGKANG... INI KIRA KES MAKAN NAK DITANGGUNG DAN BERAK BERCANGKONG, TAPI NAK SURUH KERAJAAN CIBUKAN...

1 comment:

Onna said...

namapun pinjam...kenalah bayar...kalau utang ngan bank...ke lubang cacing dicarinya....tak bayar...sampai bank boleh mufliskan...