Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 16 April 2012

JOM PAKAT-PAKAT UNDI BN DI SELANGOR

Generasi muda tuntut perubahan

Najib Tun Razak menerima sambutan meriah pada majlis pelancaran Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia Selangor (Waris Malaya) di Dataran Transformasi, Kampung Jalan Kebun, dekat Shah Alam, semalam. - MINGGUAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

SHAH ALAM 14 April - Datuk Seri Najib Tun Razak dalam nada penuh yakin berkata, angin perubahan sedang bertiup kencang bagi mengembalikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Kata Perdana Menteri, angin kencang itu akan meranapkan sesiapa sahaja yang cuba menolak tuntutan rakyat terutama generasi muda untuk membuat perubahan.

"Siapa kata anak muda tidak sokong BN. Bukan sahaja orang muda, orang tua yang berhati muda, kita semua sudah membuat pilihan iaitu BN.

"Kita ingin supaya berlaku perubahan kerana pada 2008 rakyat telah dibuai serta ditipu dengan janji-janji manis yang didagangkan oleh mereka (pembangkang)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia, Selangor (Waris Malaya) sebagai Sahabat Barisan Nasional di Dataran Transformasi, Kampung Jalan Kebun, dekat sini hari ini.

Lebih 10,000 anak muda dengan konvoi bermotosikal membanjiri dataran tersebut bagi mendengar ucapan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed dan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Menurut Najib, banyak janji yang ditaburkan pembangkang gagal dipenuhi antaranya penurunan cukai pintu, elaun pelajar pra sekolah dan elaun suri rumah sepenuh masa.

"Sebaliknya siapakah yang menepati janji? Siapa yang berikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), siapa buat Klinik 1Malaysia, siapa beri RM100 (bantuan persekolahan setiap murid), siapa beri RM500 (BR1M), siapa beri RM200 (elaun buku)? Jadi BN pilihan kita.

"Tidak payah bercakap banyak lagi, banyak janji (pembangkang) tidak dikota, cukai tidak diturunkan tetapi naikkan pula kadar sewa, tanyalah peniaga di Shah Alam. Kita sudah faham cuma BN yang boleh menjamin masa depan, kita mempunyai tanggungjawab untuk sediakan sebuah negara lebih makmur," katanya.

KOMEN : LAMBATLAH PULAK PRU NI, AKU PUN TAK SABAR NAK TENDANG ADUN DAN MP PUAK PEMBANGKANG YANG BUAT SEMAK KAT SHAH ALAM NI....

1 comment:

Onna said...

walaupun undi rahsia...saya nak istiharkan yang saya akan mengundi BN pada PRU13...tak sabornya nak tunggu mengundi di shah alam ni...dah macam bandor koboi khalid gagap dan koncu2nya kerjakan...