Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 12 April 2012

Kerajaan beri pendidikan percuma melalui biasiswa


DARI UTUSAN MALAYSIA
11/4/2012





Mohd. Shafie Apdal menyaksikan pertukaran dokumen persefahaman antara Abu Kassim Mohamed (kiri) dan Ibrahim Ahmad selepas merasmikan Seminar Tadbir Korporat Mara di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Idris Jusoh.

KUALA LUMPUR 10 April - Kerajaan telah memberikan pendidikan percuma kepada pelajar yang betul-betul layak melalui pemberian biasiswa bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah itu dibuat kerana kerajaan mempunyai cara dan mekanisme terbaik untuk mengurus kewangan negara dengan mengimbangi pemberian bantuan kepada rakyat seperti keperluan pendidikan di samping keperluan asas lain.

''Kerajaan memberi pinjaman kepada mereka yang ada keupayaan, manakala yang tidak berupaya kita beri biasiswa.

''Dalam mentadbir negara perlu ada keseimbangan iaitu mengimbangi keperluan untuk membuat jalan, elektrik atau menaja biasiswa. Untuk mengurus kewangan bukan semudah yang disangka,'' katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Tadbir Urus Korporat Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara agensi itu yang diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ahmad dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Mohd. Shafie mengulas tiga janji oleh pakatan pembangkang iaitu menghapuskan kutipan tol, gaji minimum RM4,000 sebulan dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang akan menyebabkan negara muflis dalam tempoh dua tahun kerana mereka memerlukan RM200 bilion setahun untuk menunaikan kesemua janji tersebut.

Beliau berkata, janji populis pakatan pembangkang itu hanya satu gimik politik demi mendapatkan undi daripada rakyat.

Sehubungan itu, katanya, rakyat diminta menilai keupayaan mereka untuk merealisasikan janji-janji manis itu melalui perbuatan dan bukannya ucapan mereka semata-mata.

''Mereka boleh janji segala-galanya tetapi tidak mampu melaksanakannya. Lihat sahaja di negeri yang mereka memerintah sekarang seperti di Kelantan, tetapi bantuan kemudahan asas kepada rakyat masih lagi bergantung kepada Kerajaan Pusat,'' katanya.

Mengenai kerjasama antara Mara dan SPRM itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, ia merupakan langkah proaktif untuk memastikan kes-kes penyelewengan dan rasuah dalam kalangan kakitangan agensi itu dapat dibanteras.

Katanya, Mara merupakan agensi pertama menjalinkan kerjasama dengan suruhanjaya itu di samping menggalakkan pengamalan nilai-nilai murni dan integriti melalui tadbir urus baik.

''Kita akan menempatkan pegawai SPRM di jabatan ini supaya langkah pemantauan dapat dibuat lebih rapat jika ada kes-kes penyelewengan berlaku,'' katanya.

KOMEN : SEMUA KERAJAAN DAH SEDIAKAN, DARI PTPTN SEHINGGALAH BOLEH DITUKAR KEPADA BIASISWA JIKA MEMENUHI KRITERIA YANG DIPERLUKAN... NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH... KALAU SETAKAT PERGI BERDEMO... APA YANG KAU ORANG DAPAT?

No comments: