Pengkhianatan terhadap Islam dan tamadun manusia
DARI UTUSAN MALAYSIA23/4/2012
KUALA LUMPUR 22 April - Seorang tokoh ulama di negara ini menyifatkan
pejuang serta pengamal lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)
di negara ini sebagai golongan yang telah melakukan pengkhianatan kepada
Islam dan tamadun manusia. Malah Felo Amat Utama Akademik Institut Antarabangsa Tamadun dan
Pemikiran Islam (ISTAC), Dr. Muhammad Uthman El Muhammady berkata,
menganggap golongan terbabit turut melakukan kebiadaban terhadap
keintelektualan manusia.
Beliau berkata, ini disebabkan golongan terbabit telah melanggar
prinsip-prinsip turunnya Islam ke dunia ini yang antara lain memastikan
maruah Islam sentiasa terpelihara. "Inilah sebenarnya yang berlaku. Puak LGBT sebenarnya telah melakukan
bukan sahaja kebiadaban terhadap keintelektualan manusia bahkan mereka
juga telah melakukan pengkhianatan kepada Islam dan tamadun manusia.
"Dalam satu keadaan yang lain kita tidak juga tidak boleh membiarkan
golongan minoriti lebih berkuasa daripada golongan majoriti apatah lagi
golongan ini terdiri kumpulan yang memperjuangkan fahaman bertentangan
dengan Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk Hubungan Gender Dari Perspektif Islam pada Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa di sini, hari ini.
Wacana yang bertemakan LGBT Mengundang Bala Allah itu dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat). Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad telah bertindak sebagai moderator wacana.
Dalam perkembangan berkaitan Muhammad Uthman berkata, berdasarkan
nilai dan prinsip hidup di Malaysia, kehidupan masyarakat di negara ini
adalah berlandaskan kepada agama serta budaya.
"Bukannya berasaskan kepada nilai dan prinsip budaya luar yang cuba
diketengahkan sebagai kehidupan arus perdana di dalam masyarakat kita.
Pihak lain sepatutnya perlu lebih menghormati prinsip tamadun dan budaya
kita ini.
"Lain padang lain belalang. Oleh itu, kita kita tidak boleh sesekali
mengizinkan cara hidup gay dan lesbian dan seumpama dengannya kerana
corak hidup sebegitu boleh merosakkan generasi dan agama kita," ujarnya
lagi.
Menyentuh isu sama, Muhammad Uthman menegaskan, kehidupan umat Islam
wajib dipandu oleh risalah para anbiya serta ulama-ulama muktabar dan
bukannya mengikut landasan para pemikir pascamodernis.
"Kita tidak boleh memilih untuk menerima pascamodernis, liberalisme
dan pluralisme sebaliknya kehidupan kita perlu dipandu oleh agama.
"Islam yang dibawa oleh para anbiya daripada dahulu sehingga
junjungan besar Rasulullah SAW bertujuan memelihara beberapa lima
perkara yang amat penting iaitu agama, akal, nyawa, keturunan, harta.
Termasuk juga maruah umat manusia," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment