Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 10 April 2012

1 AJE YANG BARU


Lima angkat sumpah sebagai Senator
DARI BERITA HARIAN
2012/04/10


ABU ZAHAR (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Raja Ropiaah (kiri), Jamil Khir (dua dari kiri), Raja Nong Chik (tiga dari kiri) dan Tsu Koon selepas upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen, semalam.
ABU ZAHAR (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Raja Ropiaah (kiri), Jamil Khir (dua dari kiri), Raja Nong Chik (tiga dari kiri) dan Tsu Koon selepas upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen, semalam.

KUALA LUMPUR: Lima orang mengangkat sumpah sebagai senator di depan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di sini, semalam.

Empat daripadanya Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Awang Adek Hussin dilantik semula, dan mereka akan berkhidmat selama tiga tahun sementara seorang lagi senator yang baru dilantik, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Raja Ropiah, 63, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM) pada 1973, adalah Ketua Wanita UMNO Selangor dan EXCO Wanita Umno Malaysia. Ketika bercakap kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah itu, Raja Ropiah berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana pelantikan kali pertama itu untuk tempoh tiga tahun.

Katanya, beliau akan memberi perkhidmatan terbaik untuk kepada rakyat khususnya di Selangor.

Jamil Khir, 51, berkata beliau melihat pelantikan semulanya sebagai senator satu amanah yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab dalam meneruskan perkhidmatan kepada rakyat khususnya perkara berkaitan Islam.

“Saya akan melaksanakan dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya. – BERNAMA

No comments: