Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 10 April - Tiga janji pakatan pembangkang yang melibatkan sejumlah wang RM200 bilion setahun itu hanya akan menyebabkan negara terpaksa meningkatkan cukai dan membuat pinjaman dari negara luar.
Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Shazali Abu Mansor berkata, menaikkan cukai bukan dasar popular yang boleh diamalkan oleh negara sedang membangun seperti Malaysia, sebaliknya pinjaman adalah jalan penyelesaiannya.
''Namun, membuat pinjaman pastinya memberi banyak kesan kepada negara selain bebanan hutang. Pembangkang harus ingat bahawa kedudukan kewangan sekarang belum stabil, maka secara logik tiga janji itu memang akan melibatkan peningkatan perbelanjaan.
''Melainkan pembangkang ingin menggunakan cara lain iaitu memotong perbelanjaan yang boleh mengurangkan kebajikan rakyat, tetapi adakah rakyat bersedia untuk itu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menjangkakan negara akan muflis dalam tempoh dua tahun jika pembangkang memerintah negara dan menunaikan tiga janji tersebut.
Shazali berkata, sasaran pembangkang untuk meletakkan gaji minimum yang tinggi iaitu RM4,000 tidak dapat dipadankan dengan produktiviti pekerja malah turut menakutkan pelabur asing.
''Selain itu, ia boleh menyebabkan berlakunya peningkatan kadar pengangguran untuk jangka panjang selain menguntungkan pekerja asing di sektor kurang mahir,'' katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Penyelenggaraan dan Perkhidmatan Bumiputera, Jamaliah Abdul Hamid berkata, dibandingkan dengan prestasi pembangkang mentadbir Selangor dengan cara kerajaan Pusat menguruskan negara masa kini, pembangkang tidak akan mampu untuk melaksanakannya.
Kata beliau, kaedah meminjam daripada negara luar atau pihak tertentu untuk pembangkang mengotakan janji-janji itu diyakini boleh menyebabkan negara ini tergadai .
''Kita memang tidak menafikan mereka mampu untuk laksanakan apa saja dasar apatah lagi mereka mudah untuk mendapat bantuan, tetapi kelegaan kalangan rakyat hanya sementara kerana selepas itu rakyat akan terbeban dengan banyak pelaksanaan lain.
Bagi Presiden Persatuan Remiser Bumiputera Malaysia (Pribumi), Md. Hasrin Md. Hassim, tiga janji itu tidak realistik apatah lagi ia tidak disertakan dengan hujah atau data-data lengkap yang boleh menjamin negara tidak terkena sebarang kesan untuk jangka panjang.
Kata beliau, sekiranya pakatan pembangkang terus melaksanakan janji tersebut jika memenangi pilihan raya kemungkinan akan ada pelaksanaan baru bagi menggantikan tiga janji yang akan dibuat itu yang bertujuan mengimbangi kedudukan kewangan negara.
''Jika tiga perkara itu dilaksana dan wujud pelaksanaan baru, bermakna rakyat hanya ditipu dengan janji-janji manis. Persoalannya adakah rakyat akan bersedia untuk menerima pelaksanaan baru itu selepas lega dengan tiga pelaksanaan janji,'' katanya.

KOMEN : INI BUKAN CAKAP-CAKAP KOSONG.. BETULLAH TU... PUAK PEMBANGKANG NI JANJI DAHULU PUN TAK MEREKA TUNAIKAN... TAKAN NAK PERCAYA DENGAN JANJI BARU AIR LIUR MEREKA... KATA ORANG BERJANJI MEMANG SENANG... TAPI NAK MENUNAIKAN JANGAN HARAPLAH?
No comments:
Post a Comment