Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
DARI UTUSAN MALAYSIA
25/4/2012
JIKA seorang peguam bela tiada lagi hujah bernas bagi menyelamatkan
anak guamnya, maka dia akan mula mencari pelbagai alasan dan pembelaan
yang direka-reka asalkan logik diterima akal. Begitulah situasi yang
menimpa pihak parti pembangkang di negara ini.
Selepas berjaya membuatkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil tidak menyambung menjadi senator seterusnya tidak
lagi menjadi menteri, kini mereka bergelut dengan idea untuk
menjahanamkan ekonomi negara dengan idea menghapuskan pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Semuanya kerana
idea hendak memerintah negara bak kata orang Perak, biar papa asal
bergaya.
Sikap bercakap ikut sedap mulut ini dalam kalangan pembangkang
langsung tidak boleh diterima akal. Idea untuk menghapuskan PTPTN adalah
idea manusia berpenyakit kronik yang perlu diubati dengan menolak
mereka di Pilihan Raya Umum Ke-13 selama-lamanya dari arena politik
negara.
Bayangkan betapa bankrap dan jijiknya idea mereka untuk memberi
pendidikan percuma kepada rakyat yang mana ia akan menjadi orang tidak
sakit diberi ubat. Lama-lama boleh mati terlebih dos. Sebaik-baiknya
pemimpin pembangkang mulakan perkara percuma ini dalam kalangan keluarga
mereka sendiri. Jangan cuba merosakkan generasi muda negara.
Kepada pemimpin pembangkang tanggunglah anak anda dari peringkat
sekolah sampai ke universiti, kalau mereka hendak berkahwin tanggunglah
belanja kenduri sampai cucu yang ada kelak, tanggunglah sekali. Jangan
pula berkata itu tugas Kerajaan Pusat, jika anda bersifat kebajikan
jadikan ia amalan yang holistik dalam hidup anda.
Berpidato pasal ekonomi dan unjuran memanglah senang. Esok lusa
mungkin duit Petronas masih berkepuk-kepuk. Kakitangan mereka pun dapat
bonus beribu-ribu RM. Satu hari nanti, tiba-tiba minyak semakin kontang
siapa yang hendak memberi duit untuk segala benda percuma yang mereka
berikan. Bantuan dan subsidi percuma sekali-sekala diberi tidak mengapa,
kalau selalu diberi kita takut rakyat hilang daya saing lalu jadilah
kita seperti masyarakat Barat yang penganggurnya dibayar gaji. Duit
habis pelajar kita yang belajar di tempat mereka pun dibelasah sambil
patah rahang. Mungkin generasi sebegitu yang ingin dibentuk oleh
pembangkang.
Pihak pembangkang dilihat rakyat ibarat manusia yang kelemasan di
dalam air, apa sahaja benda tergantung yang boleh dicapai sudah pasti ia
akan direntap mereka. Isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimainkan
pihak pembangkang bukan sahaja menjadi kejayaan kepada mereka malahan
mampu menjadi punca kehancuran gabungan parti pembangkang.
Adakah anda masih ingat bagaimana penduduk Kampung Buah Pala, Pulau
Pinang yang kebanyakannya penternak lembu dihalau dari kampung mereka
oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya kerana tanah mereka bakal
dibangunkan projek komersial. Pembangkang sendiri tidak mempedulikan penternak lembu namun kerana
ada isu lembu (NFC) yang boleh mereka eksploitasi maka tiba-tiba mereka
'jatuh cinta' pada lembu yang selain dari kaya dengan susu juga kaya
dengan isu. Jangan jadi hipokrit.
Kerajaan Datuk Seri Najib Razak telah melakukan tugas yang baik
sepanjang hampir empat tahun beliau mentadbir. Idea 1Malaysia bukan idea
orang kelemasan seperti mereka. Yang lemas adalah pembangkang sendiri
yang terkapai-kapai melihat idea 1Malaysia tersebut mendapat sokongan
daripada rakyat berbilang kaum. Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak
pernah menuding jari mengatakan idea Selangorku menciplak idea 1Malaysia
kerana itu bukan gaya BN. Namun pembangkang apabila idea 1Malaysia
muncul mula sibuk mengatakan ia idea dari negara zionis. Bila dituduh
mendapat dokongan Yahudi tidak pula mereka mengatakan ya atau tidak.
Hari ini pembangkang hampir kelemasan akibat tiada idea menarik
sokongan seperti isu barang naik sebagaimana PRU 12. Isu PTPTN jelas
menunjukkan betapa mereka sudah tidak mampu membawa momentum tsunami
2008 kerana ia bakal menjadi ombak rindu untuk mereka yang tidak akan
kembali. Apa yang pasti ombak gergasi tersebut sedang menerpa ke arah
mereka.
KOMEN : SELAYAKNYA OMBAK TSUNAMI DIHADIAHKAN KEPADA PUAK PEMBANGKANG OLEH RAKYAT YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KEMAKMORAN...TEKADKAN AZAM BERSAMA KITA UNDI BN...
No comments:
Post a Comment