Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 9 April 2012

PRU-13: Selamatkan Islam, Melayu, raja



HASSAN Ali menyampaikan ceramah bertajuk Memartabatkan Islam, Raja dan Bangsa Melayu di Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang, malam kelmarin.

NIBONG TEBAL 7 April - Pengundi, khususnya di Pulau Pinang perlu menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai peluang untuk menyelamatkan serta melindungi hak keistimewaan Islam, Melayu dan institusi raja daripada dihapuskan oleh pihak- pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan, undi mereka akan menjadi penentu kerajaan mana yang boleh dipertanggungjawabkan mempertahankan ketiga-tiga keistimewaan tersebut yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, sebagai orang Islam mereka wajib mempertahankan ketiga-tiga perkara itu dan memilih pemimpin yang benar-benar dapat menyelamatkannya.

"Saya mahu untuk pilihan raya umum nanti para pengundi terutama orang Pulau Pinang, mari kita selamatkan ketiga-tiga perkara ini. Saya minta tolong sangat-sangat. Perubahan ini mesti dilakukan bila tiba PRU-13," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di depan kira-kira 5,000 orang yang hadir pada program Ceramah Perdana anjuran Gerakan Belia 4B Cawangan Nibong Tebal di Sungai Acheh di sini, malam tadi.

Hasan yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor memberitahu, apa yang perlu mereka lakukan mulai sekarang adalah mempraktikkan teori 'ganda 10'.

Berdasarkan kaedah itu jelasnya, mereka perlu berkempen kepada sekurang-kurangnya 10 orang termasuk ahli keluarga, rakan dan jiran supaya tidak menyokong DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang kini dianggotai majoriti 'parasit perosak akidah'.

Katanya, antara perancangan pembangkang jika berjaya menguasai Putrajaya adalah mengubah sistem demokrasi negara kepada republik.

"Apabila Malaysia jadi republik, maka robohlah Artikel 153 Perlembagaan yang melindungi hak keistimewaan Islam, orang Melayu dan institusi raja," ujarnya.

KOMEN : BUATLAH APA YANG TERBAIK UNTUK ANAK-CUCU KITA MASA PRU 13 NANTI..

No comments: