Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
BISIKAN Pilihan Raya Umum (PRU) ligat kedengaran walaupun spekulasi tarikh berbeza mengikut pandangan setiap pihak. Walaupun ramai menyatakan Jun sebagai pilihan, tidak kurang juga mengandaikan apa yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah menguji tahap 'kesediaan' melihat keberkesanan jentera PRU atau pusingan pertama dalam strategi pemahaman ke atas situasi sebenar sebelum melakukan pengukuhan ke atas sebarang kelemahan.
Ada pula bertanggapan kini September atas semangat sambutan Hari Raya Aidil Fitri lebih baik tilikan kerana Jun sudah diramal ramai dan memandangkan Najib mempunyai kuasa mutlak dalam penentuan tarikhnya, sudah pasti beliau akan membuat sesuatu yang berlainan. Ada juga sudah berubah pendirian dengan menyuarakan April 2013 lebih baik supaya lebih banyak siri lawatan dan 'Operasi Bongkar' dapat dilakukan untuk menunjukkan tahap lasak jentera sendiri dalam melemahkan motivasi lawan.
Walau apa pun, yang penting bukan bila tarikh PRU tetapi sejauh mana jentera parti benar-benar bersedia. Adakah PRU kali ini akan menampakkan sesuatu luar biasa melangkaui 'tsunami politik' 2008? Maka, jika apa yang berlaku pada Mac 2008 diimbas semula dari segi strategi, dana, guna tenaga, struktur kepartian dan pengurusan serta perpaduan dalam parti; adakah Barisan Nasional (BN) kali ini sudah secara luar biasa bersedia dari amalan biasa sebelum ini? Di manakah sifat 'luar biasa' tersebut sehingga pengundi perlu kembali 'mencalit dakwat' untuk BN dalam PRU akan datang?
Ramai di peringkat akar umbi menyatakan bahawa yang kelihatan di peringkat bawahan ialah Najib dan Timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Najib-Muhyiddin) tanpa menyedari bahawa ini merupakan siri jelajah ke seluruh pelosok negara sebagaimana yang sudah dirancang oleh pasukan Najib-Muhyiddin ini. Ada juga yang merungut hanya ketika pemimpin ini melakukan lawatan, kelibat pemimpin tempatan ketara. Mereka juga sedar bahawa pasukan Najib-Muhyiddin hanya boleh melawat kawasan tertentu dan sukar menembusi setiap kawasan Parlimen.
Kumpulan '69' pula masih kedengaran walaupun sudah 48 bulan sejak terhakisnya sokongan sehingga kekalahan di beberapa negeri. 69 merupakan angka unik kerana kedua-duanya merupakan simbol yang sama jika diletakkan pada posisi bersebelahan dan kelihatan berbeza jika salah satunya diletakkan dalam kedudukan terbalik daripada asal. Kumpulan 69 dirujuk kepada 'kaki ampu' yakni membodek dengan menyatakan segalanya baik belaka mirip kepada sifat 'sokong bawa rebah'.
Dalam keadaan kritikal sekalipun, golongan 69 masih yakin menyatakan bahawa semuanya hebat di peringkat akar umbi sebagaimana angka 6 dan 9 yang hanya berubah simbol jika diterbalikkan kedudukannya.
Yang perlu ditanya kepada golongan ini - 'hebat kepada siapa', diri sendiri atau di khalayak ramai; 'kuat kepada siapa', diri sendiri dalam parti atau sudah menjadi jaguh di mata ramai. Golongan 69 juga sebenarnya mempunyai penyokong sendiri yang sudah, sedang dan akan terus mendapat habuan kerana sokongan membuta tuli itu.
Apakah pemimpin seperti ini tidak sedar sebenarnya mereka disumbat dengan maklumat yang salah dan berhadapan dengan keadaan untuk hilang segalanya. Apakah jawatan dalam parti dan menjadi calon lebih penting daripada menyumbang ke arah kemenangan parti dalam PRU akan datang yang bakal menjadi PRU yang paling dahsyat dalam sejarah siri PRU tanah air?
Najib juga pasti mempunyai formula sendiri untuk berhadapan kumpulan seperti ini apatah lagi sepanjang berpuluh tahun dalam politik, beliau sudah melihat sepak terajang dunia politik dan lebih buruk, akibat maklumat kumpulan 69 ini, beliau nyaris kehilangan kerusi Pekan dalam PRU 1999 yang kini sudah kembali selesa dalam dakapan beliau.
Kumpulan 69 ini juga sebenarnya menjauhkan golongan profesional, ilmuwan, belia dan kumpulan warak dari parti. Kumpulan ini merasakan bahawa ia harus didominasi oleh hanya sesuatu pihak dan gusar dengan golongan seperti ini yang boleh menjadi ancaman kepada kedudukan dan kuasa mereka.
Minggu lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri menyuarakan pandangan bahawa UMNO harus membuka ruang kepada golongan profesional untuk terlibat dalam politik negara dari perubahan persekitaran alam politik yang semakin mencabar.
BN secara khususnya perlu melihat kepada stigma ini supaya ia sejajar dengan pendirian Najib untuk menjadikan parti sebagai bersifat inklusif dan bukan eksklusif, salah satu punca kemerosotan sokongan dalam PRU Mac 2008. Satu kerugian jika puak ini terus dipinggirkan akibat permainan politik dalaman parti.
Ramai yang bukan sekadar membuat tilikan tarikh PRU tetapi ada juga merisik siapakah bakal calon dan siapakah pula akan digugurkan. Mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang perlu dikekalkan tetapi yang sudah menjadi liabiliti dan tidak boleh berhadapan cabaran baru politik perdana perlu berundur walaupun dipujuk penyokong untuk kekal sebagaimana yang akan dilakukan oleh pelobi 69.
Rakyat secara umum akan terus menyokong mereka yang berwibawa, malahan rakyat sendiri akan menjadi pelobi tanpa sokongan kumpulan 69 kerana pemimpin seperti ini adalah nadi dan jantung kepada pengundi yang berterima kasih kepada pemimpin yang mengambil berat kebajikan dan memenuhi keperluan serta tuntutan apatah lagi memahami setiap seorang dari mereka.
BN mempunyai ramai pemimpin berwibawa jika diberikan peluang. Pemimpin lama dari kem yang berbeza juga perlu akur bahawa ada tindakan mereka sebelum ini yang meninggalkan coretan buruk bagi parti ini. Ada pemimpin yang bermaharajalela dahulu dan kini mahu kembali semula kerana baginya pangkat itu lebih penting dari masa depan parti.
Ada juga yang mengugut keluar parti dan sudah bersedia untuk diterima lawan. Bagi parti lawan, salah satu faktor penolak kepada prestasi dalam PRU akan datang adalah penerimaan pemimpin yang mempunyai banyak salah laku dan bermasalah ketika dalam BN. Apabila mereka diterima oleh parti lawan, sebenarnya ia boleh memberikan kesan negatif kepada parti baru pemimpin ini.
Yang penting dalam politik hari ini adalah keikhlasan dan kejujuran kepada perjuangan. Setiap pemimpin mesti bertanyakan mengapakah mereka perlu disokong ramai dan bukan sekadar beberapa kerat penyokong di sisi mereka; dan lebih daripada itu, apakah perjuangan sebenar mereka jika memahaminya secara terperinci dan boleh melahirkan lapisan penyokong dan pemimpin muda yang memiliki aspirasi yang sama.
Cemburu, hasad dengki dan melakukan dosa manipulasi politik lumrah dalam mencari kedudukan dan kuasa tetapi PRU akan datang tidak boleh membenarkan ia menjadi dominan sehingga memberikan kesan kepada prestasi menyeluruh parti ketika Najib bersungguh-sungguh cuba mendapatkan semula sentuhan rakyat tetapi faktor kumpulan 69 boleh membawa kesan jika tidak diawasi dan diperhatikan agar akhirnya, pengundi akan mengundi kerana percaya sudah ada perubahan yang datangnya dari dalam parti sendiri.
Bilamana ada bibit-bibit perubahan dari kepimpinan regu Najib-Muhyiddin, berkompromi dengan sifat pancung-memancung dalam parti yang boleh membinasakan segala yang dirancang dan dilaksana boleh membawa musibah jika masih leka untuk kepentingan diri. Kumpulan 69 jangan dibawa runding tetapi mesti ditolak beramai-ramai jika parti lebih penting dari personaliti.

KOMEN : BIASALAH BILA PEMIMPIN TERASA DIRI MEREKA LAYAK MEMEGANG JAWATAN POLITIK SAMPAI MATI... PADAHNYA UMNO KEHILANGAN PELAPIS YANG BERWIBAWA... DAN SOKONGAN RAKYAT SEMAKIN TERHAKIS BILA MASIH MENCALONKAN CALON2 YANG BELUM TENTU BOLEH MENANG... YANG DAH LAMA DAN NAMPAK MACAM POPULAR PUN BELUM TENTU MERUPAKAN CALON BOLEH MENANG... SENTIMEN RAKYAT PERLU DIPERHALUSI... SUARA DAN KELUHAN RAKYAT TERHADAP SEMUA PEMIMPIN PERLU DITELITI... BUKAN SENANG NAK MENANG PILIHANRAYA SEKARANG... TIADA ISTILAH LETAK BATU DAN TUNGGUL PUN ORANG AKAN UNDI... ZAMAN TU DAH BERLALU....
No comments:
Post a Comment